Kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau
negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas
kepada anda. Pemikiran kita adalah yang mencipta dunia luaran kita.
Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam diri kita, kita boleh mencipta
kehidupan yang kita inginkan. Lihatlah dalam-dalam tentang diri anda.
Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan
menggunakan pemikiran anda.
Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni
dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang
hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan
dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam
perlaksanaan Hukum Tarikan.
Mulakan dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu
tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk
kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan
rasuah. Dengan melakukannya, anda menghantar getaran negatif kepada alam
semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda terus miskin. Justeru
itu, anda harus memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka
telah keluar daripada alam kemiskinan.
Mulakan rasa bersyukur setiap hari atas rahmat yang diberikan oleh
Allah S.W.T. Berterima kasih akan membawa anda lebih dekat kepada
impian-impian anda. Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan
terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan
dalam kata-kata anda.
Perlu diingatkan bahawa pemikiran menjadi realiti. Mulai sekarang,
kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam
kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya
dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang
lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.
Adakah anda inginkan lebih kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda?
Ketahuilah tentang rahsia yang akan mengubah hidup anda agar lebih kaya dan berjaya.
No comments:
Post a Comment