Sekadar berkongsi ilmu dengan dengan semua mengenai Hukum Tarikan (Law of Attraction)...
Ramai orang menggunakan kuasa pemikiran positif dan kuasa hukum tarikan
untuk mengubah kehidupan mereka. Dalam era teknologi ini, terdapat
kehidupan yang penuh dengan kekalutan dan tekanan di dalam kesibukan
harian. Kejayaan adalah formula yang mempunyai banyak faktor, namun
ramai yang tidak tahu dan tidak faham akan hukum ini. Dengan menggunakan
hukum ini dalam kehidupan seharian, ia membantu ramai orang ke arah
kejayaan serta kekayaan dan ia pasti akan membantu anda juga.
Hukum ini menyatakan bahawa : Saya menarik kepada diri saya tentang apa
sahaja yang saya fokus, beri perhatian, beri energi kepadanya, samada
mahu ataupun tidak. Sebagai contoh, jika seseorang merenung terhadap
ideanya untuk menjadi kaya dan melihat dirinya hidup dengan gaya hidup
orang kaya, kemudian wang akan tertarik kepadanya. Begitu juga
sebaliknya, jika anda fokus kepada bil-bil anda, tidak mempunyai wang
yang cukup untuk membayar hutang dan bimbang terhadap tahap kewangan
anda, anda akan lebih menarik hutang dan kemiskinan. Minda bawah sedar
anda memberitahu minda sedar apa yang harus dilakukan. Apabila kita
mengisi pemikiran kita dengan “SAYA BOLEH”, kemudian minda bawah sedar
akan menurut perintah.
Satu cara baik untuk mula menggunakan hukum tarikan adalah dengan
melakukan visualisasi yang mana anda sudah miliki impian anda itu. Jika
anda sentiasa ingin menjadi seorang pemain golf professional, kemudian
anda lihatlah diri anda memegang trofi kejohanan dan ramai penonton
menepuk tangan dan bersorak kepada anda. Gambarkan satu swing yang
lancar dan berjaya dapat ‘hole in one’.
Apabila kita sedang berehat dan merenung sesuatu, kita menggunakan
gelombang minda Alpha. Pemikiran jenis ini adalah sama seperti hypnosis
yang mana minda bawah sedar kita menjadi mudah untuk menyerap saranan.
Ia adalah baik untuk menggunakan afirmasi positif dalam keadaan ini.
Katakanlah sekuat mungkin, “Saya adalah pemain golf professional dan
saya akan menang permainan ini.” Ia adalah saranan yang mana anda adalah
pemenang dan benar-benar percaya serta yakin yang ia membawa ke arah
kemenangan sebenar apabila minda sedar mendapat isyarat daripada minda
bawah sedar.
Isaac Newton berkata bahawa satu objek dalam keadaan diam cenderung
untuk kekal diam manakala objek yang bergerak cenderung untuk kekal
bergerak. Anda harus berada di kalangan orang yang bercita-cita tinggi
dan positif yang mana mereka aktif mengejar impian mereka. Gambarkan
sebuah kenderaan sedang meningkatkan kelajuannya. Visualisasi dan
afirmasi positif adalah bahan bakar yang memberi kuasa kepada enjin
kenderaan itu. Orang yang berjaya di sekeliling anda akan menyumbangkan
energi mereka kepada anda dengan menambah lagi bahan bakar kepada enjin
tersebut. Kini, kenderaan itu mempunyai cukup bahan bakar dan akan terus
bergerak pantas dan mudah. Orang yang professional sentiasa membuat
sesuatu dengan mudah dan ramai professional menggunakan hukum tarikan
samada mereka sedar ataupun tidak.
Salah satu manfaat terbesar hukum tarikan adalah bahawa anda akan
mendapat lebih lagi apabila anda bersyukur terhadap sesuatu. Berterima
kasih membawa emosi yang positif dan menarik energi yang positif. Mudah
sahaja dengan berkata “Terima kasih” kepada bos anda, boleh menyebabkan
kesan yang kuat kepada seluruh mood harinya. Mulakan sekarang juga dan
ubahlah hidup anda ke arah pemikiran positif.
Anda perlu tahu berkenaan dengan hukum tarikan supaya anda mendapat apa
yang anda inginkan dalam hidup anda daripada pelbagai aspek – kejayaan,
kekayaan, kebahagian, perhubungan, kesihatan dan apa saja impian anda.
No comments:
Post a Comment