CARA JIMAT & JAGA KERETA ANDA
Ramai
orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal
kereta, lain kali bab lain seperti rumah, pelaburan, insuran, makanan
dan lain-lain.Sekarang kereta bukan lagi barangan mewah, tetapi satu
keperluan harian. Bagaimana untuk berjimat :
1. Beli kereta ikut kemampuan, bukan untuk bergaya. Utamakan kualiti kereta, tidak semestinya kereta baru baik kualitinya.
2. Beli kereta secondhand yang baik, cari harga yang murah untuk kereta berkualiti.
3. Digalak pakai kereta buatan
Jepun seperti Honda, Toyota atau Nissan atau kereta buatan Malaysia.
Tapi jangan beli Tiara atau Savvy. Perdana pun tidak digalakkan beli
kerana banyak masalah gear. Kalau anda minat nak beli kereta Eropah,
pastikan dapat harga paling murah dan buat semakan mengenai
alatgantinya.
4. Seboleh-boleh beli kereta
secara tunai, elakkan berhutang. Kalau berhutang, ikut kemampuan. Kumpul
duit, banyak kereta berjenama tapi murah. Tahun lepas saya beli sebuah
kereta RM 5,500. sahaja. Kalau tak pun, boleh buat pinjaman peribadi
untuk beli kereta tunai. Kebiasannnya kereta yang tidak boleh loan, akan
jatuh harga.
5. Cari peluang kereta murah
dengan masuk lelong kastam atau lelong bank dan kadang-kadang ada
syarikat swasta buat lelong. Pastikan anda ada ilmu yang cukup sebelum
beli kereta lelong. Tahun 2004 saya beli kereta lelong kastam RM 9 ribu,
kereta saya pakai sampai sekarang.
6. Pastikan anda mengetahui
kedai bengkel yang berpatutan dan buat kerja bagus. Tak semestinya kedai
kawan, belum tentu kedai kawan buat kerja bagus. Perlu kenal bengkel
yang baiki enjin, kedai aksesori, kedai ekzos, kedai ketuk dan cat,
kedai aircond dan kedai servis radiotor, tak semestinya kedai Melayu.
Harap jangan cari kedai Melayu kalau cari kedai aircond dan aksesori,
buat kurang bermutu dan lambat, sila cari kedai Cina.
7. Anda perlu tahu kedai alat
ganti baru (di JB ada banyak)dan terpakai(seperti di Tangki Air Tun
Razak, Maunt Austin, Desa Cemerlang, Larkin dll)
8. Servis kereta setiap 5,000
km, beli barang sendiri seperti minyak hitam dan oil filter sahaja.
Perkara lain seperti plak, air filter dll tak perlu kecuali rosak
sahaja. Plak boleh tahan setahun lebih. Kalau beli sendiri minyak hitam
jenis Castrol RM 38, oil filter RM 7 dan upah RM 10, jumlah RM 55
sahaja. Kalau mahu minyak lagi murah ada yang harga RM 26, saya pun
pakai, kereta biasa saja jalan jauh. Kalau anda hantar ke kedai tanpa
barang berkenaan, anda mungkin dikenakan sehingga RM 100.
9. Anda perlu tahu serba sedikit
untuk membaiki perkara kecil seperti memasang bateri kereta,kalau di
kedai upahnya RM 10. Kalau bateri rosak, beli di kedai Desa Rahmat
Tampoi RM 115 jenis NS 60, kemudian pasang sendiri. Harga spana cuma RM 2
boleh guna sampai bila-bila. Kalau anda rosak bateri pergi ke kedai,
dikenakan dalam harga RM 160- 180 siap pasang.
10. Kalau kereta anda rosak,
pastikan apa yang rosak. Beli barang sendiri sama ada barang baru atau
terpakai. Contohnya water pump Accord RM 60, upah RM 70, jumlah RM 130.
Kalau anda serah diri pada bengkel, anda dikenakan bayaran lebih RM 200.
11. Waktu pergi kerja sebelah
pagi tidak semestinya buka aircond, minyak akan lebih. Begitu juga
kalau waktu malam, kalau tak perlu, tak perlu buka aircond.
12. Sila rancang perjalanan anda, elakkan dari kesesakan jalanraya, akan banyak membazir minyak.
13. Jangan beli kereta cc kecil
kalau anda biasa jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana seperti 1.6
dan 1.8 kalau anda ada masa jalan jauh, ada masa jalan dekat. Kereta cc
besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.
14. Jika kereta anda mengalami
kerosakan, sila tanya tauke bengkel, kos sebenar yang perlu dibayar
sebelum diperbaiki. Anda perlu mencatat alat yang perlu diganti dan anda
perlu bersetuju sebelum kerja-kerja dilakukan. Jika tidak puashati,
sila pergi ke kedai lain. (kalau kereta anda tidak boleh bergerak, sila
panggil kereta tunda, kosnya cuma RM 30 kalau berdekatan). Kalau tauke
kedai mengganti barangan kereta anda tanpa izin, anda boleh buat
bantahan kepada tauke. Sekiranya perlu, anda boleh buat laporan kepada
talian bebas tol Kementerian Perdagangan.
15. Jangan panaskan kereta anda
kalau kereta anda guna enjin injection, selepas start, boleh terus
jalan. Kalau enjin guna karburator, panaskan jangan lebih dari 2-3
minit, memanas enjin terlalu lama membazir minyak.
16. Kadang-kadang ada kereta
semakin lama, ada juga kereta yang semakin kuat minyak, sila servis
atau tukar jarum karburator. Kereta Peugeot saja tukar karburator
Nissan.
17. Kalau kereta anda injection,
kuat minyak, sila buat pelarasan semula enjin (Singh Auto Batu Pahat
pakar buat kerja ini). Accord saya boleh pergi sejauh 320 km dengan RM
50 setelah buat pelarasan. Sebelum itu minyak kuat.
18. Gunakan kad diskaun seperti kad mesra petronas.
19.Jangan basuh kereta di kedai,
basuh sendiri. Katakan sebulan 5 kali anda basuh kereta RM 10 sekali
basuh, jumlahnya RM 50. Sila beli syampoo kereta harga RM 2 (tahan 3
bulan), span penggosok RM 2, air yang anda gunakan dalam 5 kali basuh
tidak sampai RM 1. Kalau anda duduk di rumah flaf, sila cari paip di
bawah, saya duduk di kondo pun boleh basuh sendiri.
20. Bateri kereta jangan buang
atau jangan beri pada orang bengkel. Bateri yang dah tak guna boleh laku
dengan harga RM 10-15, dulu sampai RM 20.
21. Jangan mudah percaya dengan alat kononnya boleh menjimatkan minyak, mungkin boleh merosakkan sistem enjin anda.
22. Servis aircond anda setiap 2
tahun, aircond anda akan tahan lama. Cari kedai yang pakar servis
aircond, biar harga mahal sikit. Saya servis aircond di Tampoi, RM 90
tapi aircond saya tak pernah rosak sejak beli dan sentiasa sejuk. Jangan
sampai aircond anda rosak, boleh mengakibatkan anda rugi wang sehingga
RM 1000 kalau aircond anda rosak terus.
23. Kalau gas aircond anda habis, jangan buka aircond, boleh merosakkan alat-alat lain.
24. Jangan pakai ekzos besar yang bunyi bising, kuat minyak.
25. Waktu anda servis, pastikan
ada catatan kilometer untuk servis seterusnya. Kalau ada minyak lebih,
sila simpan, 4 kali servis, boleh dapat lebihan minyak untuk sekali
servis minyak percuma.
26. Pilih insuran yang murah
untuk perlindungan insuran yang berpatutan. Jangan meletakkan nilai
kereta anda terlalu tinggi kalau beli insuran, ikut nilai pasaran, ini
akan merugikan bayaran untuk insuran anda. Kalau boleh, buat sendiri
insuran kalau anda ada geran (sebab itulah untung beli kereta tunai, ada
geran). Kalau geran anda pada bank, buatlah apa-apa alasan supaya anda
dapat geran, lepas tu jangan pulang pada bank.
27.Jangan bawa banyak muatan
yang tak perlu dalam bonek kereta. Kereta jadi berat. Jangan jadikan
kereta anda store, minyak banyak.