GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Friday, February 3, 2012

TEKNIK ASB 2

1. Pendapat mengatakan loan ASB ni tidak baik atau tidak menguntungkan adalah kurang tepat sebab jika kita faham benar-benar dengan loan ASB ni kita boleh buat untung dalam jangkamasa singkat. Loan ASB jika dibuat 5 tahun ke atas adalah rugi ini benar kerana interest selepas lima tahun adalah banyak. Akan tetapi jika kita membuat loan dalam jangkamasa 3 tahun ke bawah kita boleh membuat untung kerana interest dari tahun pertama ke tahun ke tiga adalah rendah.
2. Cara mendapat untung dalam masa 3 tahun yang saya nyatakan adalah begini, kita membuat loan dalam masa 20 tahun dan menjual balik loan itu selepas tiga tahun dibayar dengan kata lain selepas kita menerima dividen dan bonus pada tahun ketiga kita terus jual balik loan tersebut atau kata lain tamatkan. Rasional kita membuat loan 20 tahun adalah kerana untuk mendapatkan bayaran bulanan yang rendah.
3. Contohnya; pada bulan november tahun 2002 saya telah membuat loan ASB RM 200,000.0 dengan maybank selama 20 tahun dengan bayaran pertama dibuat pada 1/1/2003 iaitu RM1511.0 ( bayaran mahal kerana termasuk insurans ASB ) sehingga 1/12/2005.
Jumlah loan ASB yang dibayar=RM54396.0 ( tidak termasuk bayaran duti stamp semasa membuat loan kali pertama )
Jumlah dividen masuk: 2003(7.25%) RM 14500( tidak termasuk Bonus), 2004(7.25%) RM15,551.25 ( tidak termasuk Bonus), 2005(7.25%) RM16,678.72( Tidak termasuk Bonus). Total dividen 2003-2005 =RM46,729.97 ( Tidak termasuk bonus). Remarks: Dividen 2003,2004&2005 tidak dikeluarkan dari akaun ASB. Setelah loan ASB ditamatkan selepas pembayaran terakhir pada 1/12/2005, saya telah mendapat wang yang dikembalikan oleh Maybank iaitu sebanyak RM20,344.10 dimasukkan terus ke dalam akaun maybank ( Jumlah loan ASB dibayar=RM54,396.0 daripada jumlah ini RM20,344.10 dibayar balik kepada saya). Jumlah Duit dijana dari 2003-2005 ialah= (RM14500+15,551.25+16678.72-dari Dividen) + RM20,344.10 - dari duit yg dikembalikan oleh Bank
=RM67,074.07( Tidak termasuk bonus)
b) Jumlah duit sendiri yang dikeluarkan untuk membayar loan bank 2003-2005= RM 54,396.0 ( tidak termasuk bayaran duti stamp)
c). Keuntungan = RM12,678.07 ( RM67,074.07-RM54,396.0) -tidak termasuk bonus.

Bagi saya, cara ini adalah menguntungkan ini kerana hanya dalam masa 3 tahun saya dapat menyimpan RM67,074.07( tidak termasuk bonus) dan jika saya membuat kaedah ini sebanyak 3 kali ( dalam 9 tahun ) saya boleh dapat RM201,222.21. (RM67,074.07 x 3 (9 tahun)- anggaran. dividen 2003-2005 hanya sekitar 7.25% bayangkan keuntungan yg boleh saya dapat sekiranya dividen seperti pada tahun 2006(7.30%) dan 2007 (8%).

Dalam kaedah ini, hanya untung jika dibuat dalam 3 tahun ke bawah. Tetapi akan rugi jika lebih dari 3 tahun sebab interest akan besar. Cara ini juga kita dapat mengumpul RM200,000.0 hanya dalam masa 9 hingga 10 tahun sahaja. Sekarang saya sedang buat untuk kali kedua dengan bank RHB pula iaitu dari jan 2006 hingga Dis 2008-dijual balik selepas(3 tahun). Buat loan dengan RHB lagi untung sebab tak perlu bayar insurans ASB seperti yg bank Maybank buat, jadi bayaran bulanan adalah rendah iaitu RM1400 lebih sahaja(yang lebih tu kalau nak tahu....pergi bank dan minta jadual ASB loan yang terkini.

Saya dah buat untung dengan cara ini, kalau nak ikut buat...kalau tak nak ikut...takpa sekadar menceritakan pengalaman sendiri. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment