GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Thursday, February 2, 2012

BELI KERETA TERPAKAI

Pemilihan kereta terpakai dengan bijak boleh menjimatkan wang anda PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 00:29
Kereta terpakai merujuk kepada kereta yang dijual oleh pemilik kenderaan selepas menggunakannya untuk satu jangka masa. Harga kereta terpakai biasanya adalah 20-30% lebih murah daripada harga pasaran.
Terdapat sesetengah kereta terpakai yang berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai kadar perbatuan yang rendah. Ada juga sesetengah yang masih dalam jaminan. Sekiranya anda bertuah, anda mungkin mendapat kereta seperti ini kerana anda sebenarnya membayar kurang untuk kualiti dan perkhidmatan yang anda terima.
Namun, kereta terpakai secara umumnya tidak sesuai untuk semua pengguna. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam membeli kereta terpakai. Hanya pengguna yang bijak membuat penilaian dan pemilihan harus membeli kereta terpakai untuk mengelakkan risiko kerugian.
Mencari kereta terpakai -
Sumber
Kebaikan
Keburukan
Risiko
Lelong
Murah
Tidak boleh periksa kenderaan
Tinggi
Pemilik kenderaan
(informasi didapati dari papan notis dan suratkhabar bahagian klassified)
Lebih murah serta boleh mengetahui sedikit tentang bagaimana kenderaan dijaga sebelum ini.
Tiada jaminan diberi
Sederhana
Kedai kereta terpakai
Mempunyai jaminan
Lebih mahal
Rendah


Pemeriksaan yang penting sebelum membeli kereta terpakai
Adalah sangat penting untuk pandu uji (test-drive) kereta terpakai sebelum membelinya. Ini kerana ia merupakan cara yang paling efektif untuk mengetahui keadaan kereta tersebut sebelum membelinya. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keadaan kereta itu, anda masih mempunyai peluang untuk menolak kereta tersebut. Pastikan anda memilih jalan yang mempunyai bonggol jalan kerana kebanyakan penjual kereta akan memilih jalan yang agak licin sahaja. Beri perhatian kepada sebarang bunyi yang dikeluarkan oleh kereta dan cuba buat brek kecemasan. Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus berikan perhatian:
  1. Periksa pedal kereta sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Sekiranya pedal brek haus, ini bermaksud ia telah banyak digunakan di bandar dan sekiranya pedal minyak telah haus, maka ia menunjukkan kereta tersebut telah banyak digunakan di lebuh raya.
  2. Lihat keseluruhan badan kenderaan sekiranya terdapat cat yang bertompok serta tidak seragam. Ini menunjukkan kereta tersebut telah menjalani pembaikpulihan (repair) selepas satu kemalangan yang teruk.
  3. Periksa sekiranya terdapat minyak yang bocor di bawah kereta. Ini menunjukkan motor kereta tersebut mungkin mengalami masalah.
  4. Paip ekzos harus diperiksa jika telah berkarat. Jika paip ekzos ini bocor, ia akan berwarna hitam. Maka pastikan paip ekzos tiada karat dan tidak berwarna hitam.
  5. Lihat odometer dalam kereta untuk membaca jumlah perbatuan. Perbatuan merupakan jumlah kilometer yang telah dipandu dengan kereta tersebut. Namun, tidak ada masalah jika perbatuannya tinggi jika kereta dijaga dengan baik.
  6. Cuba lihat wayar dan paip sambungan dalam bonet kereta. Pastikan ia tidak berselirat kerana ini menunjukkan yang anda mungkin perlu belanjakan wang untuk membaikinya dalam masa yang terdekat.
  7. Periksa tayar sekiranya ia haus atau terdapat rekahan. Tayar yang kehausannya tidak seimbang menunjukkan penjajaran (alignment) kereta tersebut tidak dibuat dengan baik.
  8. Getah pada pintu kereta harus diperiksa supaya berada dalam keadaan yang baik. Cuba buka dan tutup semua pintu kereta tersebut beberapa kali dan pastikan tingkap, terutamanya yang menggunakan kuasa automatik, serta kunci kereta boleh berfungsi dengan sempurna.
  9. Buat sedikit penyelidikan tentang kecekapan penggunaan petrol oleh kereta tersebut. Sesetengah kenderaan mempunyai kecekapan penggunaan petrol yang rendah.
  10. Dapatkan nombor pengenalan kenderaan dan buat pemeriksaan dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Anda juga boleh periksa sekiranya terdapat saman untuk kenderaan tersebut.
Anda harus selalu ingat bahawa jangan sesekali buat sebarang pembayaran tanpa melihat geran kereta untuk mengelakkan diri dari penipuan. Anda juga harus sedar bahawa anda mempunyai pilihan untuk menguruskan pinjaman bank anda sendiri. Walaupun ia mengambil masa yang lebih lama, namun ia menjanjikan penjimatan wang anda berbanding dengan berurusan dengan wakil jualan. Kos-kos lain yang perlu anda tanggung ketika membeli kereta terpakai termasuklah bayaran untuk proses penukaran hak milik, insurans dan pemeriksaan PUSPAKOM.

No comments:

Post a Comment