GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Friday, June 15, 2012

Bayar duit kereta dengan ASB????

Okey.. kita semua perlukan kereta betui dak? nak pi mana pun sure kena guna keta. Ye la tambahan pulak family dah membesar, kalau takde keta susah nak gerak. takkan nak sumbat anak-anak ataih motor saja. Macam satay… (istilah abang aku kalau nampak budak kampung naik motor sebijik tapi yang menunggangnya 3~4 orang)… tak macam satay cucuk.. he he he…
Yang lelaki baru keluar “U”, mesti tergedik-gedik nak beli keta. Ish mana daknya, satgi awek tak pandang kalau takde keta. Pak Mak Mertua sure kata kita sengkek.. ye laa, keluar “U” katakan.. takkan gaji yang bunyi ribu riban tak mampu nak angkat keta kot… aku pun macam ni laa masa tahun 2002 dulu.. tergedik-gedik nak beli keta. Yang pompuannya pulak mesti kata, ish takkan nak naik motor pi tempat kerja.. susah laa, baju kurung nak angkat kaki, nak kangkang tak manis laaa, hand bag yang harga 3~4 ratus ni pulak takkan nak letak dalam basket jer…
Tapi itu lah hakikatnya… namun aku cuba renung kembali 8 tahun lepas. Pada tahun pertama aku kerja sebagai machai kat kilang… Setiap bulan aku saving RM500~700 semata-mata nak bayaq downpayment keta Waja.. Masa tu kira hebat laa kalau pakai Waja.. tapi apa yg hebatnya… nama pun keta, ada 4 bijik tayar juga.. insuran kena bayar juga, traffic jam kena que juga… Service pulak dok kena kelentong dengan pomen juga….
Jadi apa tujuan aku tulih ni…. ce cite ce cite ce cite……
Begini ceritanya…
Ramai dikalangan orang muda yg baru habis belajar kat universiti bertahun-tahun, lepas tu pulak kerja dan gaji yg dpt setiap bulan sama dengan loan PTPTN satu semester. MESTI dah rasa KUASA MEMBELI makin hebat. Lepas tu mula bercadang nak BELI KETA, dan KAHWIN. Dan banyak kesilapan yang saya perhatikan oleh golongan ini ialah MEMBUAT BAD DEBT seperti BELI KERETA dan PERSONAL LOAN utk KAWIN.
Saya dulu simpan duit selama setahun utk bayar Downpayment Keta. Dan simpan duit Bonus kerja Kilang 2 tahun berturut utk Kahwin. Syukur Alhamdulillah tak buat P.L namun bila baca post pasal thread ASB ni, rasa nyesal pun ada. KENAPA MENYESAL…?? Ye laa kalau laa saya tau kaedah nak generate passive income melalui ASB, saya yakin jika saya buat LOAN ASB RM100k atau 200k di awal kerja tahun 2002.
Dalam tempoh setahun selepas itu sure saya dapat bayar Downpayment keta atau guna dividen ASB utk bayar ansuran keta. Dan continous bayar ansuran keta selama 9tahun dengan hanya guna dividen ASB.
bayangkan hari ini setelah 8tahun berlalu. Jika saya masih meneruskan loan ASB dan dividen utk bayarkan ansuran keta saya. Saya sekali lagi yakin, habis saja loan keta tahun depan (tahun ke 9) confirm masa tu LOAN ASB dan boleh cancel dan dapat duit hasil dari balance principal yg dah bayar.

Example
Jan 2011 – baru kerja

BUAT Loan ASB RM120k
Sebulan kena bayar RM700 (anggap ini macam komitmen bayar keta)

Jan 2012
Katakan ASB bayar dividen 7.5%
Maka RM120kX7.5% = RM9000
Dan masa tu dah rasa nak pakai keta, Maka gunalah duit dividen tu utk bayar BULANAN KERETA ANDA dari Jan-Dis setiap tahun. Saya tau mesti ada soklan tanya, DOWNPAYMENT pulak macam mana? Okey cuba deal dengan sales man tu minta jadi 100% loan. Jangan kasi cash sebab kita nak pakai cash utk roling bayaq Ansuran keta tu nanti.

Jadi….
RM9k/12bulan = RM750 sebulan.
kalau boleh beli la keta yg komitment rendah sikit dlm RM600 sebulan (paling practikal keta SAGA FL full spec pun baru RM580 sebulan). Ini bermaksud anda masih ada lebih RM150 sebulan.
Teruskan membayar Loan ASB RM700 sebulan dan utk loan keta hanya dibayar menggunakan Dividen ASB anda.

9 tahun pun berlalu…..
Maka settle la loan keta anda. Tapi ASB apa cerita..
jika anda rasa dah boring nak teruskan loan, dan nak surrender. Pada tika dan saat itu Loan Amortization anda hanya tinggal RM76605 maka dalam

Sijil RM100k – Loan Amortization RM76.605k.
Ini bermakna anda masih mempunyai DUIT baki yang dipulangkan sebanyak RM23.4k lagi.
So kesimpulannya, dalam kes saya tak guna menyesal sebab tahun depan Loan keta dah tamat. Apa yg saya dpt hanyalah RM700 sebulan kerana itu bayaran bulanan kereta saya. Tapi jika anda menggunakan teknik LOAN ASB UTK BAYAR ANSURAN KERETA. Lepas 9 tahun ANDA DAPAT sejumlah WANG..

No comments:

Post a Comment