- Dari jeti besut pergi dan balik RM70 dengan menggunakan speed boat
Perkara yang perlu anda bawa bagi senang berada di pulau:
-Porchbeg (buat mengisi barang semasa berjalan mengelilingi pantai
-pakai selipar plastic seperti selipar Croc
-beg kembara
Nasihat bagi penginapan:
-elakkan chalet yang menghadap matahari pada waktu petang kerana cuaca adalah sangat panas
-elakkan chalet yang mengadap kawasan air bertakung yang menjejaskan pemandangan kerana di sini banyak kawasa air yang bertakung
-tanya dahulu kemudahan elektrik kerana di sini ada chalet yang elektrik hanya ada pada waktu 7malam-7pagi sahaja
-tanya samaada ada plug cucuk elektrik bagi mengecas handphone kerana ada chalet yang tidak ada plug elektrik
-pastikan anda menyewa di bahagian tepi pulau kerana kawasan tepi lebih cantik pantainya dan kurang bot yang lalu lalang
-harga chalet yang murah bermula dari rm50
WIFI DAN INTERNET:
-pulau perhentian besar dan kecil mempunyai kemudahan broadband celcom 3G dan juga wifi di kedai2 makan
-pastikan anda membawa tablet yg mempunyai kemudahan simcard untuk menggunakan 3G celcom
-anda juga boleh membawa samsung android untuk internet
PEMANDANGAN:
-air yang sangat biru dan segar
-pantai putih sepanjang 2km
MAKANAN:
-anda dinasihatkan untuk membawa keropok dan makanan ringan dari rumah sebelum menaiki bot
-harga makanan adalah 2 kali ganda dari biasa
-nasi goreng pataya rm9.00 dan tea ice rm5.00 segelas
PAKAIAN:
-anda perlu mempunyai 3 helai baju t-shirt sukan yang jenis kain lembut dan menyerap peluh kerana cuaca di sini melekit dan cepat berpeluh
-anda perlu mempunyai 2 helai seluar pendek:
- 1 untuk mandi
- 1 untuk lepak di bilik dan jalan2
-1 helai kain sarung
-sabun
BARANGAN:
-anda perlukan sarung kalis air untuk sarung beg anda semasa berada di bot kerana bot selalunya basah
-porchbeg bagi jalan2 sekeliling
KEUNIKAN:
Bagi orang baru anda tentu tidak menyedari bahawa terdapat satu laluan yang merentas bukit untuk sampai ke pantai yang terletak di sebelah pulau. Anda tidak perlu risau kerana laluan ini mempunyai chalet2 di sekeliling dan atas bukit dan tidak sunyi kerana orang ramai sentiasa menggunakan laluan ini. Laluan ini terletak di bahagian tengah pulau dan anda perlu menggunakan trek ini untuk naik ke atas bukit dan sampai ke sebelah sane.
No comments:
Post a Comment