-CIMB Islamic Bank melancar pakej pembiayaan perumahan Islam dikenali ‘Flexi Home Financing-i‘ yang memberi fleksibiliti kepada pelanggan mendepositkan lebih banyak tunai ke dalam akaun semasa dan memperoleh keuntungan daripadanya, seterusnya membolehkan mereka mengurangkan baki tertunggak ke atas pinjaman rumah.
-Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England, berkata pengenalan produk itu memberi kemudahan kepada pelanggan dan pilihan pembayaran yang menarik dalam usaha menjelaskan pinjaman perumahan mereka.
- Menurutnya, ia membantu mengekalkan akaun mereka yang berfungsi sebagai pembiayaan perumahan dan akaun semasa bagi memudahkan urusan deposit dan pembayaran semula, yang mana direka untuk pelanggan dengan pelbagai kategori pendapatan.
-“Pakej itu sesuai bagi individu yang mahu menyalurkan sebarang pendapatan tambahan yang diperoleh mereka seperti bonus untuk membayar baki tertunggak atau pokok pinjaman supaya dapat mengurangkan faedah.
-“Pelanggan diberi pakej tawaran ini dengan menggunakan tanda aras kadar pembiayaan asas (BFR) 5.95 peratus, selain diberikan kemudahan akaun semasa bagi setiap langganan iaitu ‘Special Mudharabah Current Account-i’,” katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
Antara bank yang menawarkan pinjaman ini adalah seperti cimb, hong leong bank dan juga public bank.
DI dalam seminar ini juga turut diceritakan tentang perbezaan antara insurans rumah MRTA dan juga MLTA. Perbezaan ini adalah penting jika anda ingin membuat refinance back your house loan dan mengambil duit lebihan rumah ini untuk membuat pelaburan rumah yang seterusnya:
MRTA vs Mortgage Life
Disini saya ingin
berkongsi bersama saudara/ri sekalian mengenai perbezaan diantara MRTA
vs Mortgage Life dimana pendapat saya sebagai seorang yang terlibat
secara serius dalam bidang insuran, saya dapati ramai diantara peminjam
pinjaman perumahan yang akan kebanyakanya memilih MRTA berbanding dengan
Mortgage Life. Saya akan tunjukan perbezaan diantara 2 'financial tool'
ini seperti rajah dibawah...
Sila ikuti keterangan ini mengikut susunan nombor bergaris
1) Katakan anda meminjam sejumlah pinjaman bernilai RM200K.
2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun.
Sepanjang tempoh ini, anda melindungi pinjaman anda dengan MRTAyang berharga RMxxx (perlu bayar lumpsump dan harga premium berubah mengikut umur). Ok disebabkn MRTA adalah term insurance, ia tidak mempunyai sebarang unsur simpanan dan manakala premium yang anda bayar lumpsump upfront itu akan hangus dan tidak akan membawa apa2 pulangan dari berbentuk simpanan setelah anda selesaikn pembayaran tempoh pinjaman anda.
Sepanjang tempoh ini, anda melindungi pinjaman anda dengan MRTAyang berharga RMxxx (perlu bayar lumpsump dan harga premium berubah mengikut umur). Ok disebabkn MRTA adalah term insurance, ia tidak mempunyai sebarang unsur simpanan dan manakala premium yang anda bayar lumpsump upfront itu akan hangus dan tidak akan membawa apa2 pulangan dari berbentuk simpanan setelah anda selesaikn pembayaran tempoh pinjaman anda.
3)
Apabila anda habis bayar pinjaman rumah anda(katakan sampai tahun ke
30) anda akan hanya mendapat sebiji rumah sahaja yang telah anda
langsaikan hutangnya.
4) Tetapi seperti anda dan
diri saya tahu, kita hanya mampu merancang sahaja dalam kehidupan kita
dan Allah jualah menentukanya. Katakan pada tarikh ini (line merah ke
bawah) si peminjam menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah.
5) MRTA akan selesaikn segala hutang baki dari tarikh si peminjam ini meninggal.
6)
Pewaris tidak perlu lagi membayar hutang pinjaman rumah berkenaan dan
akan memperolehi sebiji rumah yang ditinggalkn oleh si arwah
Sekarang ini pula saya akan tunjukan pula features dan benefit yang akan anda perolehi perlindungan dari Mortgage Life
1) Sama juga seperti senario diatas, anda meminjam pinjaman perumahan berjumlah RM200K
2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun
3)
Kali ini, anda melindungi pinjaman anda dengan Mortgage Life dimana
features nya anda mempunyai simpanan apabila anda membayar premium
tersebut.
4 & 5) Seperti anda dapat lihat
seperti rajah diatas, jumlah simpanan anda setiap tahun akan meningkat
tahun demi tahun dan simpanan ini anda boleh jadikan ia sebagai
retirement fund anda apabila sudah habis bayar loan rumah, anda boleh
gunakan simpanan ini untuk perbelanjaan pendidikan anak anda dimasa
hadapan,simpanan boleh dibawa keluar untuk melancong ke luar negeri atau
buat saja apa yang anda suka dengan duit simpanan itu. Seperti saya
tunjukn rajah diatas, anda boleh bawa keluar duit simpanan itu untuk
membayar pinjaman perumahan anda lagi awal dari tempoh matangnya tanpa
perlu usik duit KWSP anda (bukan ke smart dengan cara begini ;) huhu )
pada tahun ke 25, ini bermakna sebelum anda pencen, komitmen hutang
terhadap pinjaman perumahan anda sudah selesai.
6)
Malah setelah selesai hutang loan rumah anda, jikalau anda meneruskan
dengan perlindungan dari Mortgage Life ini, anda boleh jadikan ia
sebagai satu harta wasiat untuk ditinggalkan pada keluarga tersayang
apabila anda sudah tiada lagi disisi mereka sebagai tanda kasihsayang
anda pada mereka.
7)
Seperti anda dan diri saya tahu, kita manusia ini hanya mampu merancang
sahaja dalam kehidupan kita dan Allah jualah menentukan segalanya.
Katakan pada tarikh ini (line merah ke bawah) si peminjam menemui
ajalnya dan kembali ke rahmatullah.
8) Mortgage
Life akan selesaikan hutang si arwah ini, dan berpandu pada rajah
diatas, katakan baki loan masih ada lagi RM100K, Mortgage Life akan
selesaikan baki tersebut
9 & 10) Pewaris
akan memperolehi sebiji rumah DAN juga duit (bil elektrik,bil
air,makanan,sekolah anak, pakaian masih perlu dibayar walaupun
'breadwinner' sudah tiada dan duit ini akan digunakan untuk memberi
nafas sedikit kepada pewaris selepas ketiadaan 'income breadwinner)
11) Dari baki Mortgage Life (selepas tolak RM100K duit loan) iaitu RM100K
12) DAN JUGA DARI DUIT SIMPANAN !!
Selain daripada itu, saya juga belajar tentang DBR (debt bate ratio) . Untuk meminjam dalam membeli rumah maka DBR saya hendaklah kurang daripada 70% pendapatan kasar saya.
Berkenaan dengan ASB pula, adalah rugi jika anda membuat pinjaman ini. ini kerana pinjaman ini akan dikira dalam DBR anda. anda akan rugi dalam membuat pinjaman untuk membeli rumah dengan lebih banyak lagi.
Sebagai pelabur hartanah matlamat anda adalah REIT. Susunan ini diatur mengikut susunan menaik anda sebagai pelabur hartanah:
- Personal investor
- Personal (HC) (sendirian berhad dan sekurangnya 2 orang penama)
- Group (HC)
- Real Property
- REIT
Bagi meningkatkan kebolehpercayaan anda kepada bank dalam meluluskan pinjaman perumahan anda, anda perlulah:
- bawa track record pembayaran rumah yang positif dan secara kemas
- buat track record dalam file
- susun maklumat hartanah dengan cantik
- jika anda ada ASB, tunjuk keuntungan ASB pada bank untuk tambah nilai kita pada bank dalam record.
- aggressive income
- side income
- passive income
LAngkah pertama anda sebelum melakukan pelaburan:
- Set the GOAL anda dahulu (berapa biji rumah dan cashflow anda inginkan 5 tahun dari sekarang.
- Bayar dan clear semua hutang yang tidak bagus.
- Mulakan langkah dengan menyimpan duit anda untuk pelaburan
- Guna duit itu untuk melabur
- Buat perlindungan (insurans)
- Build relationship (kenal lawyer, banker, real estate agent)
No comments:
Post a Comment