Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?
Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa
pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan. Ada banyak instrument
pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex,
Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.
Ramai sebenarnya masyarakat kita masih
kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi.
Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya,
beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri
sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup
buat personal loan lagi. Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi
mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.
Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Kali ini, kami memilih tajuk Pelaburan
ASB. Tak perlu lagi kami jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan
ASB di sini kerana ASB ini dah pun berpuluh tahun dilaksanakan dan
kredibilitinya diakui ramai dalam memberikan pulangan kepada para
pelaburnya. Dividen yang diberikan agak konsisten iaitu sentiasa di atas
paras normal. Ini yang menyebabkan ramai memilih pelaburan ASB. Risiko
yang dihadapi pelabur agak rendah.
Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, kami boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.
1. Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
2. Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.
Dan kalau diikutkan dengan situasi
sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas
untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah
terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Namun
di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang
sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa
panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi,
ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitu pinjaman ASB (loan ASB).
Antara alasannya :
1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
3. Dapat dividen juga
Baiklah, kami ambil satu situasi di mana
Encik Ahmad, ingin membuat Pinjaman ASB (loan ASB) sebanyak RM 30,000
dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini
kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan
Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB (loan ASB) ini.Perhatikan pada
bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah
6.30%.
Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun
dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen
adalah 8.75%. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan
dengan peratus dividen.
RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625
Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.
RM 171 x 12 bulan = RM 2052
Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :
RM 2625 – RM 2052 = RM 573
Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak
tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda
dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal
pinjaman ASB anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun
kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25
tahun.
RM 2052 x 25 tahun = RM 51300
Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya
kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda bakal perolehi
termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi
selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound
Interest” di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan
ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk
dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.
Formula compound interest adalah:
- A=P(1+r/n)nt
- Di mana:
- A=Jumlah wang yang diakumulasi
- P= Amaun pinjaman
- r=kadar interest
- t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
- n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini
Hhasilnya adalah seperti di bawah:
A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:
RM 244,260.31!
Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam
masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah
RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan
anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda
sebenar adalah :
RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31
Jadi, inilah keuntungan yang anda buat
setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini
diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung
tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung
tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai. Ada juga
yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja
dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit
dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk
tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.
Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:
- Kadar Base Lending Rate (BLR)
- Kadar Dividen ASB
Kedua-dua kadar ini sentiasa
berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan
juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75%,
tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini
(yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan
merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah
tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8%, dividen ASB
diumumkan hanya 7.25%. Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu
menambah pula di bank.
Baiklah, sekarang cerita pasal simpan
duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200
sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah
8.75%. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa
25 tahun tersebut?
Sekali lagi formula “Compound Interest”
memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun
adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah
membuat pinjaman ASB (loan ASB)
bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu
membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak
Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah
lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan
bahawa kaedah pinjaman ASB juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank
lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar
komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB, maka kami andaikan
bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke
dalam akaun anda.
Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.
1) Pinjaman ASB (loan ASB)
Pro:
- Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
- Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.
- Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
- Pinjaman anda di insuranskan
Kontra:
- Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
- Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
- Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
- Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.
2) Simpan Sendiri
Pro:
- Future Value yang lebih banyak
- Tak kena charge bank
- Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.
Kontra:
- Masalah disiplin dalam menyimpan.
- Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua
cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan
sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada
zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin
alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah
untuk melakukan pelaburan ASB contohnya. Namun dalam zaman internet
ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran
secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional
sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun
ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?
Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah
yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak
mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap
kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke
tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
No comments:
Post a Comment