Maksudnya:(Surah Al-Talaq : Ayat 2-3)
“;dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)”
Semua orang mahukan rezeki yang banyak,
mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari
rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan
kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita
turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan
pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.
Selain melakukan pekejaan yang halal
menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun
dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan
jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah
bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki.
Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu
kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk
meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita
menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu
menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan
keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada
ketentuan Allah.
Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah,
terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang
telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian,
rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk
mendapat apa-apa tambahan dari Allah.
Walaubagaimanapun, disini ada beberapa
petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja
lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
Sumber: shamfariz.blogspot.com
Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat). Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur). Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Disunting: Murabbiy
No comments:
Post a Comment