GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Monday, January 9, 2012

ORANG BODOH GUNA DUIT

PERTAMA sekali saya ingin tegaskan di sini bahawa miskin itu baik dan tidak ada salahnya. Miskin atau kaya adalah sama sahaja. Ia adalah pilihan masing-masing yang empunya diri. Tepuk la apa saja (bantal, papan, lantai dan lain-lain) kemudian tanya tujuan anda hidup..
Tak Guna Cari Banyak Duit: Kalau Tetap Miskin!
Ada yang selesa menjadi miskin. Ada pula yang selesa menjadi kaya kerana mampu membuat banyak kebaikan terhadap keluarga dan terutama sekali masyarakat.
Post sebelum ni saya ada janjikan untuk kongsikan pada anda kenapa mencari wang yang banyak tak dapat selesaikan masalah kewangan.
Sebabnya..
Duit yang banyak akan menyebabkan anda menjadi bertambah miskin jika anda tak tahu bagaimana nak gunakannya!
“Eh, biar betul! Bukannya susah sangat nak gunakan duit. Dapat duit, belanja ajelah kan! Budak sekolah Tahun 1 pun tahu guna duit bekal, betul tak?”
Mungkin itu, yang anda fikirkan. Dan memang itulah yang difikirkan oleh ramai pengguna wang di luar sana. Amat-amat ramai sebenarnya.
Tapi jika itulah tanggapan anda tentang duit yang diperolehi, saya rasa, anda perlu BETULkan semula tanggapan tersebut!
Ia mudah saja, kalau anda berikan Gerudi kepada seorang Pengurus Pemasaran. Apa yang dia boleh buat dengan Gerudi tersebut? Silap-silap haribulan, habis dinding pejabatnya dia buat lubang. Lain lah kalau anda berikan gerudi tersebut kepada seorang tukang rumah yang mahir. Pasti ia menjadi sesuatu yang amat berguna kepadanya.
Tapi berita baiknya, Pengurus Pemasaran tadi boleh belajar bagaimana menggunakan Gerudi tadi dengan betul. Asalkan dia sanggup belajar.
Dan Gerudi tersebut sebenarnya adalah Wang!
Ini kerana masalah kewangan dan kemiskinan berpunca daripada cara bagaimana seseorang itu berfikir tentang wang. Atau dengan kata lain,TIADAnya ILMU dan Kebijaksanaan untuk menggunakan wang dengan cara yang betul!
Sebab tulah saya kata, tak guna cari duit lebih kalau kita hanya tahu gunakannya untuk berbelanja ke atas sesuatu yang salah, sesuatu yang membuatkan anda bertambah rugi dan seterusanya membuatkan anda menjadi bertambah miskin!
Oleh kerana saya tak mahu anda berada dalam kerugian, apatah lagi jatuh miskin pada masa akan datang, suka saya ingin kongsikan pula kepada anda suatu ‘Rahsia’ menggunakan wang dengan betul dalam post akan datang.

No comments:

Post a Comment