Panduan ke Tioman
Tioman, satu pulau tapi ada banyak-banyak kampung dan pantai. Setiap
pantai atau kampung tu tak boleh dihubungkan dengan jalan darat, ada
sebenarnya. Tapi jungle treking. Jadi kenderaan rasmi ialah bot, yang
dipanggil sebagai taxi.
Cara-Cara Nak Ke Pulau Tioman
Aku duduk di KL, area mana tak payah la aku nak citer lebih. Jadi aku
akan ceritakan macam mana nak ke Pulau Tioman kalau kau dari KL
menggunakan public transport. Pertama aku terus tuju Terminal Bersepadu
Selatan (TBS). Kalau kau dari ceruk mana pun KL ni, amiklah tren ke
situ. Aku ambik tren ke Seremban dari KL Sentral dan turun di Bandar
Tasik Selatan. Maknanya turun di Bandar Tasik Selatan tu, automatik
turun TBS lah.
Bila sampai di TBS, aku usha tiket bas ke Mersing. Belilah dari syarikat
mana pun kan nak beli, belilah bas pukul berapa punya yang kau selesa.
Aku beli tiket pukul 11.30 malam dengan syarikat Transtnasional.
Perjalanan yang mula jam 11.30 malam tu akan tiba di Mersing kira-kira
jam 5 pagi. Oleh sebab waktu pagi benor, teksi pun belum beroperasi. Aku
amik keputusan untuk jalan kaki dari Terminal Bas ke Jeti Mersing. Tak
jauh mana, dalam 10 minit jalan kaki je. Atau kalau berlari lari lagi
cepatlah sampai, 5 minit pun boleh. Kalau tak tahu jalan ke Jeti,
tanyalah orang ikut arah mana. Tapi kau sampai siang, boleh je kau naik
teksi.
Bila sampai di Jeti, ambil pulak tiket Ferry ke Pulau Tioman. Okey
perkara yang penting akan terjadi di sini... ialah kau perlu pilih nak
turun di Jeti Mana atau kampung mana dekat Pulau Tioman tu. Ini aku
tampal gambar peta Pulau Tioman dekat bawah ni.
Okey. Ada 13 spot warna merah yang bermakna kampung dekat dalam Peta tu,
tapi Ferry takkan berhenti di setiap kampung tu. Hentian pertama ferry
akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Kemudian Lalang,
Kemudian Tekek dan Salang.
Kalau jenis yang nak rileks betul betul rileks dengan makna nak pantai
yang tak ramai orang. Pilihlah Genting atau Paya, juga Panuba. Tapi
ferry tak berhenti di Panuba. Jadi kau turun di Tekek dan ambil teksi
laut ke Panuba. Kalau kau nak ada banyak kemudahan sikit seperti
perlukan A.T.M dan ada supermarket pergilah ke Tekek tu. Tapi kalau kau
nak ke pantai yang hapening sikit, dan menjadi tumpuan banyak orang
serta aweks-aweks cun juga balak encem pergilah ke Salang.
Baik, dalam perjalanan ni aku pilih Salang. Pertama sebab aku suka
suasana di Salang. Orang dia peramah, ada banyak chalet-chalet dan
pantainya Landai. Kelebihan di Salang ni ialah... air dia Paling Jernih
di sini dan kita boleh snorkeling di tepi pantai je. Terumbu karang dan
ikan-ikan dia dah cukup cantik di situ. Tak payah nak naik bot ke tempat
lain.
Chalet-Chalet Di Salang, Pulau Tioman
1 . Ella Place
2 . Salang Indah Resort
3 . Salang Pusaka Resort
4 . Pak Long Chalet
5 . Nora Chalet
6 . Puteri Salang In
Rate kesemua chalet ni berada dalam lingkuang RM 40 hingga RM 300.
Bergantung chalet mana yang kau pilih dan chalet macam mana yang kau
pilih. Kalau budget besar kau boleh pilih Salang Indah Resort, dan kalau
budget kecik kau ambik Nora Chalet. Tapi walaupun Nora Chalet ni dalam
kategori murah, chalet dia tetap ok dan selesa.
Pakej-Pakej Di Pulau Tioman.
Sebahagian besar dari chalet-chalet ada menyediakan pakej untuk
pengunjung mereka. Antaranya siap dengan pakej sarapan pagi, makan
tengahari serta makan malam, juga BBQ untuk yang datang berkumpulan. Itu
pakej makan, kalau nak. Kalau taknak takpe, sewa chalet je. Makan boleh
lepak dekat mana-mana bar atau kedai makan yang berderat sepanjang
pantai. Dan jangan risau, view memang terbaik menghadap laut. Ada open
air atas pasir pantai, ada yang berbumbung atas simen. Kedai-kedai craf
pun banyak jugak.
Itu untuk makan, untuk jalan-jalan pulak. Ada disediakan pakej Island
Hopping, jalan-jalan pusing satu pulau naik bot dan berhenti di
spot-spot yang best. Ada air terjun di Mukut, ada bagi ikan makan dalam
laut di Marine Park dan ada snorkeling di beberapa tempat terpilih.
Pakej pusing pulau tadi adalah RM100**, dan pakej snorkeling tadi je
pulak RM70**. Life jacket, makan tengahari dan mask disediakan. Mana
yang kaki pancing, pun ada pakej jugak. Dan itu harganya dalam RM 100**
hingga RM 1000**, bergantung pada berapa jam dan berapa hari.
Tapi kalau tak nak amik pakej tu, jangan risau. Di tepi pantai Salang
tetap banyak orang snorkeling. Sebab bila lepas musim monsum habis,
terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing
boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi. Cuma
nak berjetski itu memang tak ada. Segala banana bot, fyling fox terbang
apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai ni
tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu.
Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain lagi ialah, malam dekat sini hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan dan bar yang menghadap laut. Syok bila lepak minum sambil layan reggae.
Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain lagi ialah, malam dekat sini hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan dan bar yang menghadap laut. Syok bila lepak minum sambil layan reggae.
Ini air terjun di Kg Asah. Kalau amik pakej Round Pulau, memang akan singgah.
Ini yang di sebut-sebut Monkey Bay. Tak de orang dekat pantai ni. Boleh
pergi nak taxi laut, atau jungle treking dari Pantai Salang.
Air laut yang jernih. Tapi tempat mandi dengan snokeling bukan dekat sini. Dekat hujung sana nun, bawah bukit.
Salah satu chalet yang paling cantik. Tapi sayang tak diluluskan untuk
beroperasi. Tapi depan dia tu, boleh tengok terumbu karang cantik-cantik
belaka.
Ini pun sama, view dari chalet yang Chalet yang sama, aku cuma nak tunjuk air dia yang jernih tu je.
Walaupun tempat ini aman, dan kira free zon. Tapi pondok polis tetap ada.
Pemandangan di salah satu chalet. |
Ini pun... pemandangan dari salah satu chalet.
Permulaan masuk nak ke Air Terjun Kg Asah.
No comments:
Post a Comment