GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Monday, January 7, 2013

PELABURAN EMAS KUWAIT BANK

Pengalaman di Kuwait Finance House

Sejak kebelakangan ini, ramai yang sibuk dengan emas, pelaburan emas, dinar emas dan macam-macam lagi emas. Mulanya saya tak ambil peduli pun pasal emas-emas ni, tetapi tak tau kenapa saya terbeli buku ini - Ebook Akaun Emas. Tapi kalau anda semua nak tahu, saya memang selalu terbeli ebook...ishhkk, susah nak kawal diri terutama kalau ia berkaitan dengan buku.

Selepas baca ebook ini, saya mula tertarik hendak melabur emas. Untuk pengetahuan, satu-satunya bank yang mengikut hukum syarak dalam pelaburan emas ialah Kuwait Finance House.

Ini pengalaman saya membuka akaun emas di KFH tau, bukan KFC.

Mula-mula masuk saya disambut dengan mesra sekali...saya tahulah, saya nak melabur di bank tu dan sudah semestinya layanan yang diberikan amatlah mesra...hihi...jangan marah ma, gurau je. Pegawai bank tu siap tanya saya nak minum air apa. Memandangkan saya ni pemalu, saya kata takpe, terima kasih je. Kalau anda ke KFH, kalau ditanya nak minum apa. Jawablah nak air bandung cincau ke atau apa-apa minuman. Jangan ikut macam saya....rugi besar.

Lepas tu saya diberi borang-borang untuk diisi. Saya tak suka isi borang, penat, leceh. Kalau anda nak buka akaun emas, anda mesti buka akaun simpanan dahulu supaya senang untuk anda beli atau jual emas selepas ini. Saya ke KFH dua hari sebelum Deepavali. Masa tu, harga emas turun. Selalunya harga emas akan rendah menjelang perayaan pasal masa ini pelabur sibuk jual emas kerana nak shopping sakan. Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk membeli emas.

Syarat membuka akaun emas ialah anda perlu membeli minimum 10 gm emas. Jika harga jual ketika itu ialah RM170 segram, maka RM170 x 10 = RM1700.00. Selepas membuat bayaran di kaunter, anda perlu tunggu seketika untuk pihak bank menyediakan sijil emas anda. Lama juga saya tunggu, lebih kurang 15 minit. Anak saya masa tu, sibuk lapar, nak makan. Nasib baik, saya tak order nasi goreng Cina di kaunter KFH tu...hihi.

Apabila dah dapat sijil, saya pun minta izin untuk tengok emas yang saya beli. Maklumlah, saya tak pernah tengok emas jongkong 'live'. Alah.....rupa-rupanya kecil je...sebesar saiz cip yang ada pada kad ATM kita tu. Ehem...memang lah kecil emas saya tu, pasal beli sikit. Cuba beli RM juta-juta, mesti emasnya sebesar saiz batu-bata yang digunakan untuk buat rumah tu.

Masa nak balik, saya diberikan sekaki payung berwarna emas. Saya pun pulang denganLink
gembira kerana dapat payung.

Yang menyeronokkan saya ialah segala urusan selepas ini, boleh dilakukan secara online saja. Mudahkan? Tak payah lagi nak ke bank dan sebagainya. Saya hanya perlu buat transaksi secara online dan inform pada pegawai bank yang berkenaan. Itulah saja pengalaman saya di KFH. Bagi anda yang ada duit lebih tu, bukalah pelaburan emas. Kalau yang belum ada duit lebih, mulalah mengumpul duit. Jangan guna duit lebih untuk beli emas perhiasan, bukalah akaun emas, lebih menguntungkan.

Saya mendapat semua ilmu di atas selepas membaca Ebook akaun emas. Buku ini amat sesuai jika anda hendak tahu lebih lanjut tentang pelaburan emas.

No comments:

Post a Comment