GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Thursday, February 2, 2012

MEMBELI KERETA DENGAN BIJAK

Dalam zaman sekarang ini kereta merupakan impian setiap orang untuk memlikinya, samada kete baru, tambah lagi atau tukar yang lagi power. Tetapi malangnya suka atau tidak perkara ini melibatkan kewangan, atau senangkata ekonomi kita sendiri. Adakah kita benar benaf cerdik dalam membuat pemilihan tentang cara membeli kereta.

Disini saya ingin memberi pandangan mengenai masalah ini. Saya bukan pakar ekonomi atau macam azizi (datang daripada planet lain), sekadar pandangan jujur sahaja.

Saya perhatikan ramai daripada kita bergolok gadai untuk membeli kereta. Adakah cara kita betul? Mari kita lihat beberapa scenario

1. pekerja biasa, layak beli kereta tetapi tiada simpanan dalam bank
2. golongan menengah, layak beli kereta, ada simpanan dalam bank.

Bagi kes 1, saya dapati ada yang membeli kereta sehingga 9 tahu, kerana tiada bayaran muka diperlukan. Ada juga yang beli kereta terpakai. Pada saya tidak mengapalah jika buat 9 tahun atau kereta terpakai, kerana kereta boleh dianggap sebagai keperluan mandatory (secara umum) terutama yang berkeluarga. Harus diingat nabi (SAW) ada bersabda lebih kurang maknanya bahawa keluaga itu insyaalah akan bahagia/aman/sejahtera jika tempat kediamannya baik, isteri yang baik dan kenderaan yang sesuai. Makna sesuai adalah yang berkadaran dengan pendapatan dan juga besarnya keluarga dan sebagainya. Selain itu kadangkala membeli kereta menjadikan seorang itu kuat bekerja, panjang akal, dan banyak jalan rezeki dihadapan. Mungkin kerana ada komitmen yang perlu dilangsaikan atau mungkin dengan adanya kereta boleh jual nasi lemak ditepi jalan! Atau sebagainya. Tetapi kadangkala berlaku sebaliknya. Saya tidak menjelaskan kelayakan sesorang, maknanya adakah daripada gaji hanya 10% digunakan membeli kereta, maka anda layak membeli? Tetapi sekadar penyataan umum tentang membeli kereta, berdasarkan perkiraan anda yang anda layak/perlu membeli kereta.

Tetapi yang saya ingin tekankan ialah bagi kes kedua, dimana ramai golongan menengah yang tidak cermat atau kurang bijak dalam membeli kereta. Katakan A ada kereta jika dijual boleh dapat 10K, mempunyai simpanan 20K bercadang membeli kereta baru berharga 50K. Kereta boleh dibeli tanpa pendahuluan.Bagaimana cara sepatutnya dan bagaimana cara yang diamalkan oleh orang kita?

Kebiasaanya kita akan jual kereta dapat 10K dan menggunakan 20K sebagai downpayment. (30K)- walaupun boleh tiada muka. Maka loan yang dibuat hanyalah 20K. Katakan interest 3% (nombor mudah) dan dibeli dalam tempoh 5 tahun, maka harga kereta ialah 20K + 3K= 23K. Maka bayaran sebulan ialah RM 383. Kecil bukan?

Tetapi tidakkah anda meyedari bahawa anda tiada langsung wang simpanan ketika itu, malahan terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada wang anda untuk membayar kereta!

Sebagai alternative, katakana kita simpan 20K dalam ASB, dengan kada 10% (no mudah). Katakan kita pinjam full loan selama 5 tahun juga dengan interest 3%. Berapa bayaran kita? Kita jual kereta lama 10K
Harga kereta ialah 40K + 6 = 46. Jumlah bayaran ialah RM 766. Tetapi dengan interest 10% daripada asb atau RM 167, bermakna bayaran diperlukan ialah 766-167 = RM 599.
Mana lagi mahal? Cara kedua lagi mahal, iaitu bezanya RM217. Bermakan kita perlu tambahan bayaran sebanyak RM217 selama 5 tahun!

Jumlah tersbut ialah tambahan sebanyak RM 13 K selama 5 tahun (tempoh pinjaman kereta). Bagi kes kes lain adalah seperti berikut.

Jual Keta Harga Kereta simpanan pinjaman tambahan 5 tahun
10 50 0 40 $0.00
10 50 10 40 $6,500.00
10 50 20 40 $13,000.00
10 50 30 40 $19,500.00
10 50 40 40 $26,000.00
10 50 50 40 $21,000.00
10 50 60 40 $16,000.00


Tetapi fakta yang tidak kita sedari ialah kita masih mempunyai simpanan yang kekal 20K. Tambahan bayaran yang diperlukan ialah 13K, maka kita ada baki sebenar 7K! (harus diingat ini adalah setelah ditolak kos tambahan, kerana pinjaman yang tinggi, wang simpanan tidak berubah).

Dengan kata lain kita mempunyai 7K dan harga kereta ialah 46K, beza harga ialah (-39K) seperti jadual dibawah. Sekiranya anda ada simpanan 60K, anda perlu membayar RM 766 dengan subsidi RM 500 (interest ASB), maknaya jumlah yang dibayar sebulan hanyalah RM 266 atau 16K selama 5 tahun.

Makna sebenara ialah anda membeli kereta 50K dengan haraga 16K sahaja kerana subsidi simpanan. Makin banyak simpanan anda makin sikit bayaran!

Sebenarnya cara ini dibuat oleh masyarakat cina. Mereka tidak pernah mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli kereta, tetapi dengan menggunakan mechanism yang ada untuk mengurangkan beban

Yang paling mudah dan simple ialah interest kereta ialah 3% dan interst ASB 10%, bermakna ada beza 7% disitu. Daripada kita mengorbankan keseluruhan wang kita lebih baik kita gunakan margin 7% untuk menampung bayaran kereta kita yang mana ini lebih menguntungkan.


Ada yang bijak, menggunakan kereta wira dengan bayaran RM 500 dan berhajat upgrade kereta, dengan menggunakan kaedah ini, mendapatkan subsidi rm 500 sebulan (katakan ada simpanan 60K), maknanya kuasa membeli meningkan sebnayak RM1000, yang mungkin bole pakai perdana, dengan bayaran yang sama sekarang!

Kesimpulan,

Membeli kereta perlulah dengan bijak. Simpanlah wang anda baik kerana simpanan itu adalah “oprtunity”. Mungkin dengan duit simpanan yang kita tidak gadaikan untuk duit muka kita berpeluang membeli saham baru, tawaran perniagaan yang baik dan sebaginya. Sekiranya duit itu tiada maka kita mungkin terlepas peluang peluang yang lain. Ini dipeanggil sebagai opurtunity.

Sekian fikirkanlah. Ini hanyalah satu cara bukan baik sangat tetapi boleh dibuat rujukan. Kalau baik sangat jd buku pulak!

p/s kadangkala duit simpanan pun kena pakai juga kalau memang dah tak boleh buat ape

No comments:

Post a Comment