GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Friday, February 3, 2012

KERETA SUSUT NILAI

Pertama kalinya lihat ,model kereta Porche mempunyai design yang cantik. Namanya Porche Panamera. Harga RM1 juta. Cukai jalan sahaja RM30,000.
Persoalannya boleh pakai kereta ini atau soalannya perlu pakai ke kereta ini ? Sebab kita semua sedia maklum, kalau beli kereta ia akan jadi besi buruk nanti. Tapi kalau beli emas….
Emas pulak nanti akan dijadikan sebagai makanan, tempat tinggal, pelajaran, pakaian kita nanti. Baru-baru ni saya membeli dua komputer dengan gunakan emas. Dapat i-Pad 2 dan Mac Pro Notebook. Emas yang digunakan dulu beli murah.
Beli komputer sebab ia sebagai alat untuk membuat kerja dan mendatangkan lagi pendapatan dan bisnes. Jadi tak keberatan untuk gunakan emas beli barang.
Kalau nak beli kereta pun kena fikir juga untuk apa kalau tak bila dah beli nanti menyesal. Menyesal sebab duit dah habis, nak bayar tak mampu. Bayangkan kalau 9 tahun ikat bermakna 108 kali perlu pergi bank.
Cuba taip di Microsoft Excel, 108 berapa punya jauh barisannya. Kalau bayar kereta Panamera sebulan RM10,000 bermakna selama 108 kali pergi bank bagi RM10,000.
Kalau ada sistem yang boleh beri pendapatan pasif setiap bulan RM10,000, Panamera memang dalam tangan. Contohnya beli emas 2 kilo dah boleh terima RM11,000 duit pasif. Tak perlu nak pergi bank bayar pakai duit gaji sebaliknya bayar pakai emas.
Duit beli emas tak hilang dan kereta boleh habis bayar. Mana tahu, lepas pakai Panamera , Allah berikan rezeki lebih lagi dengan syarat, pakai Panamera bukan kerana nak menunjuk tetapi rasa bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk merasa pakai kereta mewah.
Anda boleh tanya semua orang kaya , mereka cakap orang bodoh je beli kereta secara tunai. Mengapa? Sebab kereta nilai jadi susut. Kalau ada duit lebih nak bayar kereta adalah lebih baik buat modal niaga.
Jadi nak niaga apa ? Salah satunya ialah perniagaan emas disini. Mana tahu dengan izin Allah dalam kumpulan Juara Mulia ini dapat melahirkan Ahli Kelab Panamera. Ya, orang yang mempunyai kereta Panamera. Kalau boleh jana pendapatan setiap bulan RM100,000 secara pasif, kalau nak merasa bawak porche.
Orang cakap hidup perlu sederhana. Itu adalah pilihan individu. Ada orang rasa dengan pakai porche adalah hidup sederhana sebab bagi dia kalau pakai helikopter atau jet peribadi baru dianggap mewah.

No comments:

Post a Comment