Jihad Ekonomi
Sesungguhnya mereka yang beriman, berhijrah dan berjihad pada Jalan
Allah dengan harta dan jiwa adalah golongan yang memperolehi kejayaan
yang terbesar ~ sekaligus menegaskan kayu ukur sesuatu kejayaan. Ramai
yang telah merasakan berjaya ; namun sesungguhnya mereka tidak berjaya.
Mereka tertipu dengan nilai-nilai yang salah. Kerana itu para mussafirin
menyimpulkan bahawa ayat-ayat ini menunjukkan betapa jihad dan iman
lebih utama di sisi Allah berbanding dengan amal-amal kebajikan lain
kerana ia mengorbankan harta dan jiwa demi mendaulatkan ajaran al-Quran.
Seterusnya, ada di antara umat Islam telah sekian lama berjuang di jalan
jihad yang pelbagai seperti jihad ilmu, jihad harta benda dan jihad
jiwa raga. Walaupun demikian prioritinya mungkin berubah-ubah dari waktu
ke waktu. Dalam konteks Malaysia sekarang, yang dikendaki barangkali
bukannya jihad secara bersenjata. Jihad yang lebih utama mungkin jihad
yang lain seperti jihad ekonomi, jihad harta benda demi perjuangan
agama. Di dalam sirah Rasulullah S.A.W pun, selain daripada
mempertaruhkan jiwa raga, umat Islam turut berhabis-habisan dengan harta
benda. Dan itu dilakukan sesudah membuat pilihan yang tepat bahawa
mereka mengutamakan iman dan jihad berbanding dengan kenikmatan dan
keseronokan. Jadi bila tiba saatnya mereka dipanggil untuk berkorban,
mereka tidak lagi keberatan.
Ada di antara para sahabat Rasulullah S.A.W. yang berjuang di jalan
ALLAH itu yang mempersenjatai dan membiayai diri sendiri ~ suatu bentuk
jihad dengan harta benda. Disamping membiayai diri sendiri, para sahabat
Radiallahu 'anhum, turut membiayai rakan-rakan lain yang berjuang dan
yang terdesak. Kini, barangkali umat Islam sudah sampai di suatu saat
dan keadaan dimana para pejuangnya perlu membiayai diri sendiri dan
rakan-rakan. Tetapi perakuan ini hanya akan berlaku setelah umat Islam
terlebih dahulu membuat keputusan sama ada untuk beriman dan berjihad di
jalan Allah ~ memperjuangkan amar ma'ruf nahimungkar. Jadi, jika tiba
saatnya untuk menyahut panggilan perjuangan, maka tiada alasan lagi
untuk para pejuang mengelak diri.
Barangkali sesuai dirakamkan kisah Abu Talhah r.a ketika membaca
surah at-Tawbah, ayat ke-41, yang mafhumnya:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) (baik
kamu mempunyai persediaan) dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak)
ataupun dengan keadaan berat (disebabkan dengan berbagai- bagai
tanggungjawab), dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada
jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu adalah paling baik
bagi kamu, jika kamu mengetahuinya.
Ketika itu Abu Talhah sudah sangat tua. Namun beliau masih terasa
terpanggil untuk berjihad di medan perang. Bagi beliau ayat ini tidak
mengecualikan sesiapa untuk pergi berjuang. Lalu disuruh anak-anaknya
melakukan persediaan untuk beliau berangkat ke medan perang.
Anak-anaknya terkejut lantas berkata,
…semoga Allah mengasihani ayahanda yang dahulunya pernah berjuang
bersama Rasulullah di sepanjang hayat Rasulullah sehingga Rasulullah
wafat. Kemudian dia sambung ikut berjuang bersama Abu Bakar wafat. Dia
sambung lagi berjuang bersama Umar Al-Kattab sehinggalah Umar wafat.
Cukuplah, ayahanda! Kamilah yang seharusnya berjuang bagi pihak ayah.
Namun Abu Talhah tetap turut serta di dalam ekspedisi perang.
Sayangnya, beliau meninggal dalam kapal perang setelah belayar. Di
sepanjang perjalanan itu, angkatan perang tersebut tidak menjumpai
pulau. Jadi jenazah beliau dikebumikan sembilan hari kemudiannya setelah
menemui pulau. Namun selama 9 hari itu, mayatnya tidak mereput, bahkan
tidak berubah sama sekali. Semangat jihadnya utuh dan kukuh sehingga
maut menjemput ke alam barzakh!.
Masalah umat Islam sekarang ini bukan lagi masalah penjajahan bentuk
lama tetapi penjajahan bentuk baru seperti penjajahan ekonomi. Malah
dikatakan di dalam abad ke-21 ini, perangnya adalah perang ekonomi. Dan
dunia sekarang sememangnya sedang berperang. Umpamanya proses
globalisasi - suatu proses yang banyak menjerumus negara-negara Islam
kecil ke dalam perjuangan pergantungan. Dalam proses globalisasi ini,
umat Islam tidak di layani sebagai peserta tetapi lebih dijadikan
mangsa. Kita diletakkan di dalam suatu keadaan dimana kita terpaksa
berhutang, segala-galanya termasuk dasar-dasar negara akan ditentukan
oleh mereka yang memberi hutang. Disini terbuktilah benarnya doa yang
sering dibaca untuk berlindung kepada Allah S.W.T. dari bebanan hutang
yang di luar kemampuan dan akhirnya dikuasai. Orang yang berhutang itu,
siangnya merasa hina dan malamnya tidak tidur lena.
GOOD LIFE
Total Pageviews
TRYING TO LEARN ABOUT BLOG
Followers
Popular Posts
-
1. Pendapat mengatakan loan ASB ni tidak baik atau tidak menguntungkan adalah kurang tepat sebab jika kita faham benar-benar dengan loan AS...
-
CARA JIMAT & JAGA KERETA ANDA Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali...
-
Bismilahirahmanirahim. Sejak kebelakangan ni dah mula ramai yang terlibat dengan program kumpul emas untuk si...
-
Bayar duit kereta dengan ASB???? Category: Macam-Macam / Tag: Investment / 2 comments ...
-
pelaburan emas-Part 1 Bismillah Risau jugak nak cerita di blog, takut2 ada yang silap faham ingat nak show-off plak.. Nauzubillah....
-
Pengalaman di Kuwait Finance House Sejak kebelakangan ini, ramai yang sibuk dengan emas, pelaburan emas, dinar emas dan macam-macam ...
-
Antara persoalan pasangan muda hari ini adalah samaada untuk menyewa atau membeli rumah untuk diduduki sendiri. Saya menyokong ...
-
Dalam zaman sekarang ini kereta merupakan impian setiap orang untuk memlikinya, samada kete baru, tambah lagi atau tukar yang lagi power. ...
-
Cara-cara untuk berjihad Cara-cara untuk berjihad - Korbankan sebahagian masa, harta dan keperluan diri untuk kepentingan Islam dan ...
No comments:
Post a Comment