Hari ini harga emas masih lagi jatuh. Bagi siapa yang berminat dengan emas ini merupakan masa yang sesuai untuk membeli emas. Anda dinasihatkan untuk membeli emas 1 dinar atau dirham pada setiap bulan. Ini akan dapat melindungi nilai kekayaan anda. Dengan menyimpan emas secara berdisiplin anda akan mampu untuk memiliki kereta dan rumah secara cash dan sekaligus pada masa hadapan.
Anda perlu tahu strategi anda, sebagai penyimpan atau sebagai trader. Sebagai penyimpan anda boleh membeli emas secara berkala dan setiap bulan. Sebagai pelabur pula anda hendaklah membeli pada harga emas murah dan jual balik semasa mahal. Emas akan ada naik dan turunnya dalam setahun. Namun begitu dalam jangka masa panjang emas memang akan naik.
GOOD LIFE
Total Pageviews
TRYING TO LEARN ABOUT BLOG
Followers
Popular Posts
-
1. Pendapat mengatakan loan ASB ni tidak baik atau tidak menguntungkan adalah kurang tepat sebab jika kita faham benar-benar dengan loan AS...
-
CARA JIMAT & JAGA KERETA ANDA Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali...
-
Bismilahirahmanirahim. Sejak kebelakangan ni dah mula ramai yang terlibat dengan program kumpul emas untuk si...
-
Bayar duit kereta dengan ASB???? Category: Macam-Macam / Tag: Investment / 2 comments ...
-
pelaburan emas-Part 1 Bismillah Risau jugak nak cerita di blog, takut2 ada yang silap faham ingat nak show-off plak.. Nauzubillah....
-
Pengalaman di Kuwait Finance House Sejak kebelakangan ini, ramai yang sibuk dengan emas, pelaburan emas, dinar emas dan macam-macam ...
-
Antara persoalan pasangan muda hari ini adalah samaada untuk menyewa atau membeli rumah untuk diduduki sendiri. Saya menyokong ...
-
Dalam zaman sekarang ini kereta merupakan impian setiap orang untuk memlikinya, samada kete baru, tambah lagi atau tukar yang lagi power. ...
-
Cara-cara untuk berjihad Cara-cara untuk berjihad - Korbankan sebahagian masa, harta dan keperluan diri untuk kepentingan Islam dan ...
Thursday, April 25, 2013
Tuesday, April 23, 2013
EMAS MENURUN
6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas
![]() |
| Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik. |
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6
tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga
emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal
naik turun harga emas ni.
Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa
yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk
jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila
harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga
turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan
saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga
lebih tinggi!
Monday, April 22, 2013
CERITA CINCIN TUNANG
Hari ini mencatatkan penurunan harga emas bagi pasaran dunia. Harga emas jatuh dengan merudum sekali dan ini telah mencetuskan panik di seluruh kedai emas. Kedai-kedai emas diserbu seperti jualan mewah. Saya yang kehairanan terus bertanya kepada makcik yang singgah di kedai emas. Makcik ini menceritakan bahawa pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas kerana harga emas akan meningkat pada musim perayaan nanti.
Melihat kepada keadaan ini, saya teringat bahawa saya menrancang untuk bertunang pada hujung tahun ini. Pada masa emas murah inilah peluang saya untuk membeli emas untuk diberikan pada tunang saya. Saya telah membuat keputusan untuk membeli dan mengambil wang di Maybank yang terletak bersebelahan kedai emas ini.
Setelah mengambil wang saya terus ke kedai2 emas dan bertanyakan harga untuk cincin tunang. Kedai yang pertama saya masuki cuma mempunyai pilihan yang sedikit sahaja. Harga emas adalah RM 140 segram dan saya mengambil satu cincin seberat 1 gram yang agak cantik. Setelah diambil kira kos upah maka harganya adalah rm 230. Saya tidak membelinya lagi kerana ingin membandingkan dengan kedai-kedai emas yang lain.
Kemudian saya memasuki satu lagi kedai emas, kedai ini mempunyai pelangkan yang agak ramai. Saya berasa bosan untuk menunggu kerana orang perempuan memang agak lama bila bertanya dan masih tidak membuat keputusan setelah sekian lama. Saya kemudian pergi mencari kedai yang lain pula.
Nampaknya misi saya dalam mencari emas adalah agak mencabar dan pelik. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya dalam mencari emas di kedai-kedai emas dan ianya agak menarik. Bermacam jenis emas telah saya temui.
Akhirnya saya telah menemui sebuah kedai emas yang simple sahaja. Kedai ini agak biasa namun makcik penjualnya agak peramah. Beliau bertanya kepada saya saiz cincin bakal tunang saya dan saya telah memberi sebentuk cincin jed untuk diukur. Rupanya saiz dia adalah 10. Makcik ini telah mengeluarkan beberapa cincin rotan yang bersaiz 10. Saya agak teruja kerana pilihan yang pelbagai. Akhirnya saya telah memilih satu yang simple sahaja. Harganya adalah rm 160. Agak murah dan berpatutan sekali.
Saya ingin membeli satu lagi cincin untuk majlis bertunang namun saya merasakan untuk cincin ini saya perlu membeli bersama dengan beliau. Saya akhirnya membuat keputusan menggunakan teknik pelaburan. Saya telah membeli 10 Dinar emas pada masa harga emas tengah murah ini. Dinar ini akan saya jual apabila harga emas meningkat dan keuntungan ini akan membantu saya untuk membeli cinci yang seterusnya nanti. Akhirnya saya memahami bahawa untuk senang kita perlu berfikir secara bijak dan pandai menggunakan peluang pelaburan yang datang. Harga emas yang jatuh merupakan peluang kepda kita untuk melabur dalam emas.
PELABUR BIJAK DENGAN BANGANG
Dialog dua orang rakan mengenai cerita-cerita pelaburan.
Ogos 2006
Amir: Aku rasa nak beli saham la.
Man: Tak payah la, mana ada untung main saham ni. Aku dah jual dah semua. Asyik rugi je.
Amir: Sebab kau rugi la aku nak beli (sambil tersenyum).
Man: Takpe, nanti kau rugi kau tahulah rasanya.
Amir: Kalau takde rugi, bukanlah pelaburan namanya.
Ogos 2007
Man: Macam mana saham kau Amir? Aku tengok saham jatuh teruk dah ni. Mesti kau rugi kan. He He He.
Amir: Boleh lah, untung 30%. Separuh dah jual, separuh lagi aku simpan.
Man: Kau biar betul. Takpelah, aku simpan di ASB je. Lagi selamat.
Amir: Aku pun bukan guna semua duit simpanan nak main saham ni Man.
5 bulan selepas itu, dalam senyap-senyap, Man mengeluarkan semua duit ASB dan melaburkannya dalam pasaran saham.Januari 2008
Man: Aku baru beli saham ni Amir. Kau ingat kau je dapat untung 20-30% ? Tengok lah!
Amir: Kau biar betul, aku baru je jual saham-saham aku, untung yang dah ada ni aku simpan je dulu.
Man: Penakut la kau ni. Simpan dalam ASB mana untung, 8% apa lah sangat?
Amir: (Senyum)
Januari 2009
Man: Apa pelaburan yang best sekarang? Yang untung 100%.
Amir: Mana ada pelaburan yang confirm bagi 100%. Kau bukan ada beli saham ke?
Man: Jual dah haritu, rugi. Cepatlah beritahu produk bagi return 100%.
Amir: Hm… saham ok kalau kau tahu caranya. Beli emas nak? USD 850 per ounce. Man: Saham tak mau lah. Asyik rugi je. Emas? Aku bukan perempuan nak beli emas ni. Kau ni pun. Nak mainkan aku la tu.
Ogos 2011Amir: Hm… saham ok kalau kau tahu caranya. Beli emas nak? USD 850 per ounce. Man: Saham tak mau lah. Asyik rugi je. Emas? Aku bukan perempuan nak beli emas ni. Kau ni pun. Nak mainkan aku la tu.
Man: Kau main saham lagi
ke? Apa lah kau ni, itu semua kapitalis barat, tak Islamik main
saham-saham ni. Beli emas la. Harga sekarang USD 1,850 per ounce. Nak
naik lagi ni. Fuh. Dapat bonus terus sambar emas. Sekarang zaman dinar
dirham!
Amir: Saham aku dah jual, sikit je lagi aku pegang. Emas pun aku dah mula jual sikit-sikit.
Man: Rugi la tu main saham, tu lah aku cakap tak mahu
dengar, saham ni bukan untung pun. Kau tengok harga emas naik macam
mana. Rugi la kalau jual sekarang.
Amir: Haah. ‘Rugi’ sikit, sebab untung saham hari tu
cuma 50%, kalau jual cepat sikit dapat 60% untung. Aku dah lama la beli
emas, tunggu masa nak jual je.
Man: Kau tau harga emas dah naik 40% sejak awal tahun. Tu yang aku beli minggu lepas. Kau nak tak aku jual emas kat kau?
Amir: (Senyum) Sebab aku dah tau naik macam tu la aku jual dan nak ambik untung dari emas pula.
Man: Pelik la kau ni. Orang beli emas, kau jual.
PELABURAN SAHAM
Sikap
berjimat-cermat ibubapa saya memang patut dicontohi. Saya membesar
dengan melihat mereka hidup secara sederhana. Tawar-menawar,
membandingkan harga dan tidak tergesa-gesa membeli barang yang mahal
sudah menjadi amalan dan lumrah kehidupan mereka. Walaupun dengan
menyimpan wang dalam simpanan tetap sahaja, ibubapa saya berjaya
mengumpul kekayaan yang banyak.
Tahun 1990-an memang merupakan masa yang menguntungkan kerana simpanan tetap memberikan faedah sehingga 12% setahun. Walaupun ramai orang membuat banyak duit di pasaran saham, ayah saya tetap setia meletakkan wangnya dalam simpanan tetap. Oleh sebab itu, dia masih boleh bergembira menyambut alaf baru, tidak seperti pelabur pasaran saham yang lain. Berdasarkan pengalaman lalu itu, jelas bahawa ayah saya melabur untuk mengekalkan modalnya dan hanya melabur dalam instrumen pelaburan yang boleh difahaminya.
Saya mula menceburi pasaran saham pada 2003, walaupun mendapat bantahan daripada ibubapa saya. Pada pendapat mereka, pelaburan saham terlalu berisiko. Ini berdasarkan pengalaman mereka dalam unit amanah dimana mereka membeli beberapa unit amanah ketika kemuncak pasaran bul pada 1997 dan mendapati nilainya telah jatuh kepada separuh pada 2002. Saya tahu yang ibubapa saya tidak mendapat nasihat yang secukupnya memandangkan 90% daripada unit amanah itu dilaburkan dalam pasaran ekuiti, sedangkan toleransi mereka terhadap risiko adalah rendah. Saya mendaftar dalam akaun dagangan tanpa margin. Ini adalah kerana saya tidak pernah lupa ajaran yang diperolehi oleh ibubapa saya berhubung mengekalkan modal pelaburan dan saya tidak juga berhasrat untuk membuat hutang.
Pelaburan saya yang pertama adalah pelaburan yang paling saya kesali. Saya membeli satu kaunter berdasarkan khabar angin yang saya baca dalam suratkhabar. Artikel pelaburan itu mendakwa syarikat itu akan diambil alih, lantas menawarkan pulangan lumayan kepada pemegang sahamnya. Malah, ia mendakwa sekiranya persetujuan pembelian itu tidak dilaksanakan, syarikat itu mempunyai aliran tunai yang banyak untuk membayar dividen yang tinggi. Satu perkara yang tidak diingini telah berlaku dan saya menyaksikan kaunter yang dibeli itu turun hari demi hari. Walaupun saya membeli banyak saham yang menguntungkan tetapi silapnya saya ialah kerana masih tetap memegang saham yang pertama tadi. Saya berharap saham pertama saya akan memberikan keuntungan apabila saya menjualnya. Jika saya menjualnya kerana ingin menutup kerugian, samalah seperti mengakui yang saya membuat pelaburan yang tidak bijak dan tidak mahu mengakuinya. Akhirnya setelah saham itu menjunam melebihi separuh dari nilainya, saya terpaksa menerima hakikat dan terpaksa menjualnya. Sejak itu, kaunter tersebut terus menurun. Pengajaran daripada peristiwa tersebut ialah saya perlu mempunyai pelan keluar yang jelas apabila saham itu untung atau turun nilai. Sekarang, inilah yang saya lakukan sebelum membeli apa-apa saham, iaitu membuat keputusan terlebih dahulu mengenai harga serendah mana saya mampu tanggung dan setinggi mana pula untuk saya jual. Ini kemudiannya akan direkodkan untuk rujukan masa hadapan.
Sejak hari itu, saya membuat beberapa pelaburan yang menguntungkan tetapi mungkin lebih banyak yang rugi. Masalahnya ialah saya tidak tahu! Saya tidak tahu bagaimana prestasi keseluruhan pelaburan saya. Saya tahu mana saham saya yang naik atau turun, tetapi tidak tahu secara keseluruhannya samada saya mengaut keuntungan ataupun tidak. Seorang jurujual firma pelaburan luar pesisir bertanya bagaimana prestasi pelaburan saya dan saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan. Dengan perlahan, saya menjawab pulangan lebih kurang 3%. Hakikatnya, ia mungkin boleh jadi -30% dan saya tidak dapat menafikannya. Sejak itu, saya mula memantau pelaburan saya setiap bulan. Tabiat ini memberikan saya sedikit ketenangan kerana mengetahui bagaimana prestasi pelaburan saya. Pengetahuan itu sangat berguna dan dalam kes ini, kurangnya pengetahuan boleh membawa bencana.
Walaupun saya berdisiplin dalam memantau pelaburan saya setiap bulan, tetapi saya dapati saya cepat terpengaruh dengan perubahan mendadak/ketara harga saham-saham saya. Ini membuatkan saya terlalu menumpukan perhatian kepada harga saham yang jatuh walaupun ada saham saya yang naik harganya. Ini amat mengecewakan saya. Kemudiannya saya menyedari yang saya patut melihat pelaburan sebagai satu portfolio. Saya membuat keputusan untuk menjadikan IKKL sebagai suatu penanda aras. Semasa membuat tinjauan bulanan, saya akan turut merekodkan perubahan dalam IKKL. Saya berasa lega jika portfolio saya lebih baik daripada pasaran. Ini adalah cara yang lebih berkesan untuk memantau pelaburan seseorang dengan melihatnya dalam konteks yang lebih luas iaitu mengimbangi saham yang untung dengan saham yang rugi. Saya juga gemar melabur berdasarkan fundamental sebagaimana yang disarankan oleh pelabur-pelabur yang berjaya seperti Warren Buffet, Jim Rogers dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, keadaan-keadaan semasa samada negatif atau positif juga boleh dimanfaatkan dalam pasaran saham. Contohnya, ketika krisis selsema burung, saya melihat kaunter ternakan mengalami banyak tekanan jualan yang menyebabkan harganya jatuh menjunam. Kerana tahu yang penduduk Malaysia adalah pengguna haiwan ternakan per kapita yang terbesar di dunia dan yakin bahawa selsema burung hanya faktor sementara, saya membeli beberapa kaunter ternakan dengan harga murah dan apabila keadaan kembali pulih, saya menjualnya semula dan dalam beberapa hari saya mendapat pulangan yang lumayan.
Satu lagi contoh dimana kita boleh membuat untung mengikut keadaan semasa ialah satu ketika dimana saham Proton jatuh disebabkan pelabur hilang keyakinan pada syarikat itu. Saya dapati penyata kewangan mereka merekodkan bahawa nilai buku syarikat tersebut adalah 2 kali ganda daripada harga yang jatuh. Saya mengambil keputusan untuk melabur dalam Proton kerana yakin bahawa saham syarikat itu akan kembali naik dan keadaan sebelumnya itu cuma jualan panik sahaja. Sebulan kemudian, saya menjualnya saham tersebut dan meraih keuntungan sebanyak 30%. Dalam kedua-dua contoh ini, memang terdapat risiko yang terpaksa dihadapi tetapi saya menanganinya dengan ilmu pengetahuan.
Saya dapati melabur adalah pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Seseorang perlu mempunyai matlamat yang jelas, berdisiplin dalam melaksanakan pelan yang dirancang, bertindak mengikut keadaan, sentiasa ingin belajar dan cepat mengaku kesalahan yang dilakukan. Setelah ibubapa saya memberi tunjuk ajar yang baik mengenai kepentingan untuk menyimpan wang, saya berhasrat untuk melangkah setapak lagi dengan membuat pelaburan yang bijak. Pada hari ini, portfolio saya telah berkembang sebanyak 30% dalam masa 8 bulan. Tidaklah teruk sangat, memandangkan saya pernah kehilangan wang sewaktu 3 tahun pertama saya melabur. Saya cuma berharap yang saya sudah mengamalkan perumpamaan ini sejak dari awal lagi iaitu: “Belajar daripada kesalahan orang lain, kerana anda tidak ada masa untuk belajar daripada kesilapan sendiri”.

Wednesday, February 13, 2013
RAHSIA KEKAYAAN YANG PELIK
Di bawah ini merupakan video tentang fakta kekayaan yang pelik dan tidak diketahui oleh orang ramai. Ianya merupakan rahsia yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain......
Wednesday, February 6, 2013
dua cara menjadi kaya
dua cara menjadi kaya
sepengamatan saya, ada dua cara yang sekarang sedang populer. memakai otak kanan dan otak kiri. cara menjadi kaya dengan otak kanan ditawarkan oleh ippho santosa dengan bukunya yang diklaim sebagai mega best seller : 7 Keajaiban Rezeki. menurutnya cara cepat menjadi kaya intinya adalah dengan bersedekah.
penjelasannya tentu tidak berdasarkan hitungan-hitungan. namun memakai ayat dan keyakinan. tentu saja juga dengan usaha. namun penekanannya pada sedekah sebanyak-banyaknya. bersyukurlah kamu maka Tuhan akan menambah nikmatnya, kira-kira seperti itu. sangat religius!
cara menjadi kaya dengan otak kiri ditawarkan oleh para perencana keuangan. para ahli ini menawarkan bagaimana cara mencapai rencana-rencana kita 5, 10 atau 15 tahun dengan strategi tertentu. misalnya bagaimana menyiapkan pendidikan anak, membeli rumah, membeli mobil, tamasya dan seterusnya.
seperti kutipan seorang perencana terkenal di sebuah tabloid, “tidak mempunyai rumah atau mobil, akan dibawa kemana hidup yang seperti itu?” tidak ada yang salah. karena hidup dengan fasilitas yang berkecukupan kemungkinan lebih membahagiakan.
intinya kita diajak memanaj keuangan kita, sehingga pengeluaran bisa dikontrol. dan kita bisa konsisten untuk melakukan investasi. mungkin sudah waktunya sekarang kita mengubah mindset kita tentang menabung. bagi orang awam, menabung itu kebiasaan baik. namun bagi perencana keuangan, menabung adalah pembodohan terstruktur.
karena nilai uang yang kita tabung tak akan bertambah. sekarang ada banyak cara yang lebih menguntungkan daripada menabung atau menyimpan uang dalam deposito. detailnya bisa belajar dengan para perencana keuangan yang sekarang mulai populer.
menurut kalian, mana yang lebih cocok atau yang anda yakini lebih keren dua cara menjadi kaya tersebut? memberi atau menabung? atau menggabungkan keduanya? silakan di share di bawah, terimakasih
Subscribe to:
Posts (Atom)