Sikap
berjimat-cermat ibubapa saya memang patut dicontohi. Saya membesar
dengan melihat mereka hidup secara sederhana. Tawar-menawar,
membandingkan harga dan tidak tergesa-gesa membeli barang yang mahal
sudah menjadi amalan dan lumrah kehidupan mereka. Walaupun dengan
menyimpan wang dalam simpanan tetap sahaja, ibubapa saya berjaya
mengumpul kekayaan yang banyak.
Tahun
1990-an memang merupakan masa yang menguntungkan kerana simpanan tetap
memberikan faedah sehingga 12% setahun. Walaupun ramai orang membuat
banyak duit di pasaran saham, ayah saya tetap setia meletakkan wangnya
dalam simpanan tetap. Oleh sebab itu, dia masih boleh bergembira
menyambut alaf baru, tidak seperti pelabur pasaran saham yang lain.
Berdasarkan pengalaman lalu itu, jelas bahawa ayah saya melabur untuk
mengekalkan modalnya dan hanya melabur dalam instrumen pelaburan yang
boleh difahaminya.
Saya
mula menceburi pasaran saham pada 2003, walaupun mendapat bantahan
daripada ibubapa saya. Pada pendapat mereka, pelaburan saham terlalu
berisiko. Ini berdasarkan pengalaman mereka dalam unit amanah dimana
mereka membeli beberapa unit amanah ketika kemuncak pasaran bul pada
1997 dan mendapati nilainya telah jatuh kepada separuh pada 2002. Saya
tahu yang ibubapa saya tidak mendapat nasihat yang secukupnya
memandangkan 90% daripada unit amanah itu dilaburkan dalam pasaran
ekuiti, sedangkan toleransi mereka terhadap risiko adalah rendah. Saya
mendaftar dalam akaun dagangan tanpa margin. Ini adalah kerana saya
tidak pernah lupa ajaran yang diperolehi oleh ibubapa saya berhubung
mengekalkan modal pelaburan dan saya tidak juga berhasrat untuk membuat
hutang.
Pelaburan
saya yang pertama adalah pelaburan yang paling saya kesali. Saya
membeli satu kaunter berdasarkan khabar angin yang saya baca dalam
suratkhabar. Artikel pelaburan itu mendakwa syarikat itu akan diambil
alih, lantas menawarkan pulangan lumayan kepada pemegang sahamnya.
Malah, ia mendakwa sekiranya persetujuan pembelian itu tidak
dilaksanakan, syarikat itu mempunyai aliran tunai yang banyak untuk
membayar dividen yang tinggi. Satu perkara yang tidak diingini telah
berlaku dan saya menyaksikan kaunter yang dibeli itu turun hari demi
hari. Walaupun saya membeli banyak saham yang menguntungkan tetapi
silapnya saya ialah kerana masih tetap memegang saham yang pertama tadi.
Saya berharap saham pertama saya akan memberikan keuntungan apabila
saya menjualnya. Jika saya menjualnya kerana ingin menutup kerugian,
samalah seperti mengakui yang saya membuat pelaburan yang tidak bijak
dan tidak mahu mengakuinya. Akhirnya setelah saham itu menjunam melebihi
separuh dari nilainya, saya terpaksa menerima hakikat dan terpaksa
menjualnya. Sejak itu, kaunter tersebut terus menurun. Pengajaran
daripada peristiwa tersebut ialah saya perlu mempunyai pelan keluar yang
jelas apabila saham itu untung atau turun nilai. Sekarang, inilah yang
saya lakukan sebelum membeli apa-apa saham, iaitu membuat keputusan
terlebih dahulu mengenai harga serendah mana saya mampu tanggung dan
setinggi mana pula untuk saya jual. Ini kemudiannya akan direkodkan
untuk rujukan masa hadapan.
Sejak
hari itu, saya membuat beberapa pelaburan yang menguntungkan tetapi
mungkin lebih banyak yang rugi. Masalahnya ialah saya tidak tahu! Saya
tidak tahu bagaimana prestasi keseluruhan pelaburan saya. Saya tahu mana
saham saya yang naik atau turun, tetapi tidak tahu secara
keseluruhannya samada saya mengaut keuntungan ataupun tidak. Seorang
jurujual firma pelaburan luar pesisir bertanya bagaimana prestasi
pelaburan saya dan saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan. Dengan
perlahan, saya menjawab pulangan lebih kurang 3%. Hakikatnya, ia mungkin
boleh jadi -30% dan saya tidak dapat menafikannya. Sejak itu, saya mula
memantau pelaburan saya setiap bulan. Tabiat ini memberikan saya
sedikit ketenangan kerana mengetahui bagaimana prestasi pelaburan saya.
Pengetahuan itu sangat berguna dan dalam kes ini, kurangnya pengetahuan
boleh membawa bencana.
Walaupun
saya berdisiplin dalam memantau pelaburan saya setiap bulan, tetapi
saya dapati saya cepat terpengaruh dengan perubahan mendadak/ketara
harga saham-saham saya. Ini membuatkan saya terlalu menumpukan perhatian
kepada harga saham yang jatuh walaupun ada saham saya yang naik
harganya. Ini amat mengecewakan saya. Kemudiannya saya menyedari yang
saya patut melihat pelaburan sebagai satu portfolio. Saya membuat
keputusan untuk menjadikan IKKL sebagai suatu penanda aras. Semasa
membuat tinjauan bulanan, saya akan turut merekodkan perubahan dalam
IKKL. Saya berasa lega jika portfolio saya lebih baik daripada pasaran.
Ini adalah cara yang lebih berkesan untuk memantau pelaburan seseorang
dengan melihatnya dalam konteks yang lebih luas iaitu mengimbangi saham
yang untung dengan saham yang rugi. Saya juga gemar melabur berdasarkan
fundamental sebagaimana yang disarankan oleh pelabur-pelabur yang
berjaya seperti Warren Buffet, Jim Rogers dan lain-lain.
Walau
bagaimanapun, keadaan-keadaan semasa samada negatif atau positif juga
boleh dimanfaatkan dalam pasaran saham. Contohnya, ketika krisis selsema
burung, saya melihat kaunter ternakan mengalami banyak tekanan jualan
yang menyebabkan harganya jatuh menjunam. Kerana tahu yang penduduk
Malaysia adalah pengguna haiwan ternakan per kapita yang terbesar di
dunia dan yakin bahawa selsema burung hanya faktor sementara, saya
membeli beberapa kaunter ternakan dengan harga murah dan apabila keadaan
kembali pulih, saya menjualnya semula dan dalam beberapa hari saya
mendapat pulangan yang lumayan.
Satu
lagi contoh dimana kita boleh membuat untung mengikut keadaan semasa
ialah satu ketika dimana saham Proton jatuh disebabkan pelabur hilang
keyakinan pada syarikat itu. Saya dapati penyata kewangan mereka
merekodkan bahawa nilai buku syarikat tersebut adalah 2 kali ganda
daripada harga yang jatuh. Saya mengambil keputusan untuk melabur dalam
Proton kerana yakin bahawa saham syarikat itu akan kembali naik dan
keadaan sebelumnya itu cuma jualan panik sahaja. Sebulan kemudian, saya
menjualnya saham tersebut dan meraih keuntungan sebanyak 30%. Dalam
kedua-dua contoh ini, memang terdapat risiko yang terpaksa dihadapi
tetapi saya menanganinya dengan ilmu pengetahuan.
Saya
dapati melabur adalah pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Seseorang
perlu mempunyai matlamat yang jelas, berdisiplin dalam melaksanakan
pelan yang dirancang, bertindak mengikut keadaan, sentiasa ingin belajar
dan cepat mengaku kesalahan yang dilakukan. Setelah ibubapa saya
memberi tunjuk ajar yang baik mengenai kepentingan untuk menyimpan wang,
saya berhasrat untuk melangkah setapak lagi dengan membuat pelaburan
yang bijak. Pada hari ini, portfolio saya telah berkembang sebanyak 30%
dalam masa 8 bulan. Tidaklah teruk sangat, memandangkan saya pernah
kehilangan wang sewaktu 3 tahun pertama saya melabur. Saya cuma berharap
yang saya sudah mengamalkan perumpamaan ini sejak dari awal lagi iaitu:
“Belajar daripada kesalahan orang lain, kerana anda tidak ada masa
untuk belajar daripada kesilapan sendiri”.
GOOD LIFE
Total Pageviews
TRYING TO LEARN ABOUT BLOG
Followers
Popular Posts
-
1. Pendapat mengatakan loan ASB ni tidak baik atau tidak menguntungkan adalah kurang tepat sebab jika kita faham benar-benar dengan loan AS...
-
CARA JIMAT & JAGA KERETA ANDA Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali...
-
Bismilahirahmanirahim. Sejak kebelakangan ni dah mula ramai yang terlibat dengan program kumpul emas untuk si...
-
Bayar duit kereta dengan ASB???? Category: Macam-Macam / Tag: Investment / 2 comments ...
-
pelaburan emas-Part 1 Bismillah Risau jugak nak cerita di blog, takut2 ada yang silap faham ingat nak show-off plak.. Nauzubillah....
-
Pengalaman di Kuwait Finance House Sejak kebelakangan ini, ramai yang sibuk dengan emas, pelaburan emas, dinar emas dan macam-macam ...
-
Antara persoalan pasangan muda hari ini adalah samaada untuk menyewa atau membeli rumah untuk diduduki sendiri. Saya menyokong ...
-
Dalam zaman sekarang ini kereta merupakan impian setiap orang untuk memlikinya, samada kete baru, tambah lagi atau tukar yang lagi power. ...
-
Cara-cara untuk berjihad Cara-cara untuk berjihad - Korbankan sebahagian masa, harta dan keperluan diri untuk kepentingan Islam dan ...
No comments:
Post a Comment