STRATEGI KEUNTUNGAN EMAS
Ini merupakan pemahaman penulis daripada pembacaan artikel yang ditulis oleh Dr. Steven Sjuggerud di dalam http://goldnews.bullionvault.com.
Bagaimana kita tahu bila kita boleh membeli emas …?
Steve Sjuggerud di dalam emel Daily Wealth
memberitahu yang dia telah mendapat strategi mudah untuk mengetahui
bila masa yang sesuai untuk membeli emas … dan bila masa yang tidak
sesuai.
Yang bagusnya, dengan
melabur sebanyak US$10,000 di dalam strategi mudah ini boleh bertukar
kepada hampir $2 juta sejak permulaan 70-an. Cuma membeli emas – dan
memegang emas itu – pada masa yang sama boleh menukarkan $10,000 kepada
hanya $300,000.
Carta di bawah menunjukkan cara-caranya. Garisan biru merupakan strategi mudah. Garisan emas merupakan harga emas.
Strategi mudah Steve Sjuggerud mampu
meningkat naik secara stabil dari bahagian bawah sebelah kiri carta
hingga ke atas di bahagian kanan. Ia hampir sepenuhnya mengelakkan
kejatuhan Dollar pada 1957 – 1977. Dan ia secara amnya mengelak
kejatuhan emas selama dua (2) dekad dari tahun 1980 hingga 2000.
Menurut Steve, strategi mudah ini sangat mudah tetapi ia berdasarkan titik-titik penting. Biar Steve menerangkannya.
Bagaimana kita tahu bila
pasaran emas telah berada dalam keadaan ‘bull”? Titik yang sangat
penting ialah bila emas hanya melonjak naik kerana ada berlaku sesuatu
di pasaran Dollar.
Cuba kita lihat,
kejatuhan US Dollar melawan kepada matawang yang lain, ia mungkin akan
turut jatuh di dalam terma emas. Ini akan menunjukkan emas berada dalam
keadaan pasaran ‘bull’. Tetapi apa akan berlaku jika kejatuhan emas di
dalam terma matawang Euro ataupun Yen? Itu menunjukkan emas bukan
berada dalam pasaran ‘bull’.
Jadi apa ia pasaran ‘bull’ dalam emas?
Satu definisi mudah
ialah : bila emas meningkat naik di dalam terma matawang yang terpenting
di dunia. Kita lihat empat (4) jenis matawang yang digunakan seluruh
dunia secara meluas – US Dollar, Euro, British Pound dan Japanese Yen.
Dan kita gunakan strategi mudah Steve. Begini ia akan bertindak:
Jika emas meningkat
melawan kesemua empat (4) matawang pad bulan sebelumnya, Oleh itu beli
emas. Ulangi pada bulan depan strategi ini.
Itu saja. Dan bila Steve mencubanya menggunakan data 40 tahun yang lepas, keputusannya amat memeranjatkan.
Apabila emas meningkat
melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia pada penghujung bulan
baru-baru ini – Apabila strategi mudahnya menunjukkan masa untuk membeli
emas – emas meningkat kepada kadar tahunan 35%. Strategi mudahnya
berada di dalam keadaan ‘beli’ lebih kurang ketiga pada masa itu. (Pada
masa yang lain, emas kehilangan wang.)
Jadi jika anda membeli
emas bila mendapat ‘signal’, dan tukarkan emas itu kepada tunai bila
‘signal’ telah hilang, anda akan menukarkan pelaburan US$10,000 pada
tahun 1971 kepada hampir $2 million hari ini.
Sejak tahun 1971, harga
emas secara purata tahunanya meningkat sebanyak 9.2% setahun. Dengan
menggunakan sistem mudah ini, di mana anda melaburkan 1/3 emas pada
satu-satu masa, kekayaan anda akan menjadi secara purata 14.5% setahun.
Sistem ini mudah, tapi
berkesan. Sejarah menunjukkan peramal terbaik bila emas akan meningkat
naik iaitu apabila ia meningkat naik melawan matawang utama dunia.
Sekarang anda sudah
tahun bagaimana untuk mencari keadaan ‘bullish’ emas. Dan jika anda nak
tahu, kita sekarang berada di dalam pasaran ‘bull’ … dan kita telah
berada sejak bulan Mac lagi. Setiap bulan, emas telah meningkat melawan
kesemua empat (4) matawang utama dunia.
No comments:
Post a Comment