GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Monday, April 22, 2013

PELABUR BIJAK DENGAN BANGANG



Dialog dua orang rakan mengenai cerita-cerita pelaburan.
Ogos 2006
Amir: Aku rasa nak beli saham la. Man: Tak payah la, mana ada untung main saham ni. Aku dah jual dah semua. Asyik rugi je. Amir: Sebab kau rugi la aku nak beli (sambil tersenyum). Man: Takpe, nanti kau rugi kau tahulah rasanya. Amir: Kalau takde rugi, bukanlah pelaburan namanya.
Ogos 2007
Man: Macam mana saham kau Amir? Aku tengok saham jatuh teruk dah ni. Mesti kau rugi kan. He He He. Amir: Boleh lah, untung 30%. Separuh dah jual, separuh lagi aku simpan. Man: Kau biar betul. Takpelah, aku simpan di ASB je. Lagi selamat. Amir: Aku pun bukan guna semua duit simpanan nak main saham ni Man.
5 bulan selepas itu, dalam senyap-senyap, Man mengeluarkan semua duit ASB dan melaburkannya dalam pasaran saham.
Januari 2008
Man: Aku baru beli saham ni Amir. Kau ingat kau je dapat untung 20-30% ? Tengok lah! Amir: Kau biar betul, aku baru je jual saham-saham aku, untung yang dah ada ni aku simpan je dulu. Man: Penakut la kau ni. Simpan dalam ASB mana untung, 8% apa lah sangat? Amir: (Senyum)
Januari 2009
Man: Apa pelaburan yang best sekarang? Yang untung 100%. Amir: Mana ada pelaburan yang confirm bagi 100%. Kau bukan ada beli saham ke? Man: Jual dah haritu, rugi. Cepatlah beritahu produk bagi return 100%.
Amir: Hm… saham ok kalau kau tahu caranya. Beli emas nak? USD 850 per ounce.
Man: Saham tak mau lah. Asyik rugi je. Emas? Aku bukan perempuan nak beli emas ni. Kau ni pun. Nak mainkan aku la tu.
Ogos 2011
Man: Kau main saham lagi ke? Apa lah kau ni, itu semua kapitalis barat, tak Islamik main saham-saham ni. Beli emas la. Harga sekarang USD 1,850 per ounce. Nak naik lagi ni. Fuh. Dapat bonus terus sambar emas. Sekarang zaman dinar dirham! Amir: Saham aku dah jual, sikit je lagi aku pegang. Emas pun aku dah mula jual sikit-sikit. Man: Rugi la tu main saham, tu lah aku cakap tak mahu dengar, saham ni bukan untung pun. Kau tengok harga emas naik macam mana. Rugi la kalau jual sekarang. Amir: Haah. ‘Rugi’ sikit, sebab untung saham hari tu cuma 50%, kalau jual cepat sikit dapat 60% untung. Aku dah lama la beli emas, tunggu masa nak jual je. Man: Kau tau harga emas dah naik 40% sejak awal tahun. Tu yang aku beli minggu lepas. Kau nak tak aku jual emas kat kau? Amir: (Senyum) Sebab aku dah tau naik macam tu la aku jual dan nak ambik untung dari emas pula. Man: Pelik la kau ni. Orang beli emas, kau jual.

No comments:

Post a Comment