GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Sunday, March 25, 2012

3 Cara Mempraktikkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) !

3 Cara Mempraktikkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) ! PDF Print E-mail


Awal pagi saya telah menggodek kembali koleksi lama DVD yang ada dan teruja dengan 1 jenis DVD yang paling berharga pernah saya ada dalam hidup ini. Ianya x sama seperti DVD movie yang lain kerana ibarat sebuah dokumentari bersejarah yg membongkar rahsia dalam hidup manusia.



Saya simpannya dengan penuh berhati-hati.. DVD tersebut adalah The Secret Movie yg telah dikeluarkan pada tahun 2006. Menampilkan tokoh hebat seperti Bob Proctor, "Dr." Joe Vitale, Dr. John Gray, Dr. John Demartini, John Assaraf dan penulis Rhonda Bryne yang telah menulis buku The Secret seterusnya dijadikan filem/movie.
 
Ternyata buku dan filem movie The Secret ini telah mengubah pandangan saya mengenai dunia. Rahsia Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sememangnya 'sunnatullah' yang sudah lama dijelaskan di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Itupun adalah kerana penjelasan yang kreatif dari Rusdin S. rauf yang menulis buku Quranic Law of Attraction yang sarat dengan intipati hukum tarikan ini dari sudut perspektif yang islamik.

Sama ada DVD atau koleksi buku.. Saya begitu menghargai ilmu-ilmu hebat seperti ini. Ia membantu untuk terus mengembara dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sptmana yang disarankan dlm buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...
3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.

Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan. Impian saya sebelum ini sudah banyak juga dicapai dan rasa bersyukur amat sangat di atas segala kurniaan rezeki tuhan. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah.. Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan, apapun saya ucapkan selamat maju jaya dan moga mencapai apa jua impian anda dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment