GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Saturday, March 24, 2012

HUKUM TARIKAN

Sekadar berkongsi ilmu dengan dengan semua mengenai Hukum Tarikan (Law of Attraction)...

Ramai orang menggunakan kuasa pemikiran positif dan kuasa hukum tarikan untuk mengubah kehidupan mereka. Dalam era teknologi ini, terdapat kehidupan yang penuh dengan kekalutan dan tekanan di dalam kesibukan harian. Kejayaan adalah formula yang mempunyai banyak faktor, namun ramai yang tidak tahu dan tidak faham akan hukum ini. Dengan menggunakan hukum ini dalam kehidupan seharian, ia membantu ramai orang ke arah kejayaan serta kekayaan dan ia pasti akan membantu anda juga.

Hukum ini menyatakan bahawa : Saya menarik kepada diri saya tentang apa sahaja yang saya fokus, beri perhatian, beri energi kepadanya, samada mahu ataupun tidak. Sebagai contoh, jika seseorang merenung terhadap ideanya untuk menjadi kaya dan melihat dirinya hidup dengan gaya hidup orang kaya, kemudian wang akan tertarik kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jika anda fokus kepada bil-bil anda, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang dan bimbang terhadap tahap kewangan anda, anda akan lebih menarik hutang dan kemiskinan. Minda bawah sedar anda memberitahu minda sedar apa yang harus dilakukan. Apabila kita mengisi pemikiran kita dengan “SAYA BOLEH”, kemudian minda bawah sedar akan menurut perintah.

Satu cara baik untuk mula menggunakan hukum tarikan adalah dengan melakukan visualisasi yang mana anda sudah miliki impian anda itu. Jika anda sentiasa ingin menjadi seorang pemain golf professional, kemudian anda lihatlah diri anda memegang trofi kejohanan dan ramai penonton menepuk tangan dan bersorak kepada anda. Gambarkan satu swing yang lancar dan berjaya dapat ‘hole in one’.

Apabila kita sedang berehat dan merenung sesuatu, kita menggunakan gelombang minda Alpha. Pemikiran jenis ini adalah sama seperti hypnosis yang mana minda bawah sedar kita menjadi mudah untuk menyerap saranan. Ia adalah baik untuk menggunakan afirmasi positif dalam keadaan ini. Katakanlah sekuat mungkin, “Saya adalah pemain golf professional dan saya akan menang permainan ini.” Ia adalah saranan yang mana anda adalah pemenang dan benar-benar percaya serta yakin yang ia membawa ke arah kemenangan sebenar apabila minda sedar mendapat isyarat daripada minda bawah sedar.

Isaac Newton berkata bahawa satu objek dalam keadaan diam cenderung untuk kekal diam manakala objek yang bergerak cenderung untuk kekal bergerak. Anda harus berada di kalangan orang yang bercita-cita tinggi dan positif yang mana mereka aktif mengejar impian mereka. Gambarkan sebuah kenderaan sedang meningkatkan kelajuannya. Visualisasi dan afirmasi positif adalah bahan bakar yang memberi kuasa kepada enjin kenderaan itu. Orang yang berjaya di sekeliling anda akan menyumbangkan energi mereka kepada anda dengan menambah lagi bahan bakar kepada enjin tersebut. Kini, kenderaan itu mempunyai cukup bahan bakar dan akan terus bergerak pantas dan mudah. Orang yang professional sentiasa membuat sesuatu dengan mudah dan ramai professional menggunakan hukum tarikan samada mereka sedar ataupun tidak.

Salah satu manfaat terbesar hukum tarikan adalah bahawa anda akan mendapat lebih lagi apabila anda bersyukur terhadap sesuatu. Berterima kasih membawa emosi yang positif dan menarik energi yang positif. Mudah sahaja dengan berkata “Terima kasih” kepada bos anda, boleh menyebabkan kesan yang kuat kepada seluruh mood harinya. Mulakan sekarang juga dan ubahlah hidup anda ke arah pemikiran positif.

Anda perlu tahu berkenaan dengan hukum tarikan supaya anda mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda daripada pelbagai aspek – kejayaan, kekayaan, kebahagian, perhubungan, kesihatan dan apa saja impian anda.

No comments:

Post a Comment