Magnet Rezeki
Saya selalu mengikuti satu blog yang ditulis oleh seorang yang saya panggil Master Hadzrin Blog yang memberi banyak tips dan pengajaran. Salah satu tulisannya adalah bagaimana untuk menghasilkan MAGNET REZEKI. Kalau diikutkan caranya,memang menjadi. Saya berani kata sebab saya telah mencuba dan mengamalkannya. Di bawah ini disertakan catatan beliau:
Perkongsian hari ini ialah tentang Magnet Rezeki atau Bagaimana Nak Tarik Duit la senang cerita. Post kali ini saya berkongsi salah satu cara sebenarnya ada banyak Amalan Magnet Rezeki.
Bukan
sekadar saya menulis, atau mereka cerita atau menciplak mana-mana
tetapi saya belajar dan saya gunakan dan nampak keberkesanannya dalam
masa 2 minggu...
Bagi
anda yang nak tahu dan nak belajar, ambiklah peluang dari blog ini dan
jika anda inginkan satu keajaiban berlaku pada diri anda, amalkan lah
saranan yang saya beri dan lagi bagus.
Anda berkongsi ajar dengan sesiapa sahaja sebab bila
anda memberitahu satu ilmu pada orang lain dan mereka gunakan ia ke
arah kebaikan contohnya sedekah, anda juga akan mendapat syafaat di hari
akhirat kelak dengan izin Allah.
Sebelum
itu saya nak tanya anda dahulu.... Rasa-rasanya bila anda nak
menguruskan Duit anda ? Bila dah Kaya ? Bila ada Duit ? Bila ada banyak
Duit ? Bila Gaji Naik ?....
Salah satu Cara Magnet Rezeki ialah MENGURUSKAN KEWANGAN.
Alaaaa...takan
itu je ? semua orang tahu... YA!! Betul semua orang tahu tapi tak semua
buat. Jadi berbalik pada soalan saya tadi....yang mana satu waktu anda
nak menguruskan duit anda ??
Jika
anda cakap bila dah kaya atau bila dah banyak duit...saya guarantee,
anda akan selama-lamanya tak ada duit atau bila dapat duit banyak saya
guarantee ia akan sekejap sahaja habis. Nak Bet ? Saya berani bet seribu ringgit !!
Cuba ambik idea dari cerita ini....
Ada
seorang budak bersama ayahnya pergi ke kedai beli aiskrim satu scoop.
Lalu budak dan ayah itu berjalan keluar dari kedai. Semasa berjalan
sambil menjilat aiskrim, tiba-tiba aiskrim budak itu yang satu scoop pun jatuh ke lantai.
Lalu
budak itu menangis meronta-ronta pada ayahnya untuk beli aiskrim yang
baru... Ayahnya pun bawa anaknya semula ke kedai aiskrim untuk ganti
aiskrim yang baru.
Masa
dalam kedai aiskrim tu, budak tu nampak poster iklan aiskrim 3 scoop.
Nampak lagi menarik dan lazat. Lalu budak itu meronta-ronta minta
ayahnya untuk belikan dia aiskrim yang 3 scoop.
Sebagai seorang ayah yang penyayang dan baik hati...adakah anda akan beli kan aiskrim 3 scoop itu ?
Walaupun anda penyayang tapi kalau anda cerdik, anda pasti TIDAK akan belikan aiskrim 3 scoop itu...
Sebabnya.... yang satu scoop pun anak itu tidak boleh nak menjaganya apa lagi yang tiga scoop...lagi tinggi aiskrim dia kena kawal!!
Begitulah keadaannya bila masuk bab menguruskan kewangan. Bila ada duit sikit pun tak boleh nak uruskan apa lagi bila ada duit banyak !!
Jadi bagaimana nak buat ? Amalkan begini....setiap kali anda dapat duit pecahkan kepada 5 bahagian. 1:1:1:5:2...
Maksudnua
setiap kali anda dapat duit contohnya RM 10..( saya tak nak cerita yang
banyak dulu...mula dengan sikit ni) anda pecahkan dan masuk ke dalam 5
tabung...
10% - Simpanan jangka panjang ( tak boleh keluarkan langsung )
10% - Ilmu
10% - sedekah
50% - belanja
20%- Komitmen seperti duit sewa, kereta, rumah...atau pun modal perniagaan
Bila
dapat RM 10 pecahannya jadi begini.... RM 1 masuk tabung jangka panjang,
RM 1 untuk beli buku atau belajar , RM 1 untuk sedekah, RM 5 untuk
perbelanjaan harian, RM 2 untuk bayar komitmen...
Macamana
nak kaya macam ni.....Haaa itulah yang Magiknya datang..... Mula dengan
sedikit dulu.... Anda akan dapat keajaibannya bila dah buat selama 3
bulan... dan saya guarantee anda akan ada duit yang berlipat kali ganda
!!
Kalau anda tak nak buat saya pedulik apa..
Logiknya....Hukum Alam semester atau yang pastinya Allah SWT nampak apa yang kita buat dan Maha mengetahui.
Setiap pengurusan kewangan kita adalah satu ibadah lebih-lebih lagi kita amalkan sedekah 10% dari pendapatan kita...(sedikitnya...)
, berapa ramai yang sedekah walaupun sehari RM 2 ? Tak ramai.... sebab
bila RM2 X 30hari jadi RM60...ada yang sedekah RM60 sebulan ?
Allah nampak bila kita sudah pandai menguruskan Duit kita maka Allah akan gandakan Rezeki kita...PASTI.
Itulah datangnya Magnet Duit....sebab Duit pun tahu orang yang pandai uruskan duit. Orang yang boros, tak pandai dan tak sayang duit...Duit pun lari sebab menyampah.....
Magnet
duit ialah bila Duit sayang dekat kita dan nak datang dekat
kita...bukan maksud kita duduk rumah berangan dan tiba-tiba ada duit
jatuh dari bumbung. Kalau betul jatuh bumbung hempap atas kita lalu tak
sempat nak berduit...
No comments:
Post a Comment