GOOD LIFE

Total Pageviews

TRYING TO LEARN ABOUT BLOG

Followers

Popular Posts

Monday, December 30, 2013

AZAM TAHUN BARU

Tabiat Kewangan yang Baik

Panduan Kompak membina Tabiat Kewangan yang Baik

Tahun baru, penuh dengan azam baru.

Mungkin azam yang paling banyak pada tahun baru ini adalah untuk melepasi daripada masalah kewangan – Optimakan perbelanjaan, meMotong perbelanjaan atau menCari sumber pendapatan baru.

Azam tidak akan bertahan lama jika tidak dengan 'Mula'. Malahan, ia akan menjadi pekAzam atau pekasam dalam Bahasa Melayu plain.

Jika anda pernah mencuba melakukan azam pada tahun-tahun sebelumnya dan gagal anda bukanlah keseorangan. Saya dan beberapa bilion umat manusia juga begitu. Apa kata tahun ini kita cuba benda baru, pupuk tabiat baru atau bahasa omputihnya habit.

Tabiat berkekalan dalam jangka masa yang panjang dan sukar untuk diubah. Mungkin itu menyebabkan berapa banyak orang yang sukar untuk meninggalkan tabiat merokok kerana ia seolah-olah melekat dalam neuron-neuron mereka. Jika tidak dapat boleh mengigil.

Tabiat boleh disinonimkan dengan ketagihan. Sebab apa? Sebab ketagihan akan menyebabkan seseorang itu merasa suatu kehilangan jika tidak mendapatnya seperti dadah. Tetapi jika tabiat itu baik seperti membaca buku, bekerja atau bersenam, ia akan menularkan kesan ketagihan yang baik pada diri seseorang itu.

Selepas 25 tahun hidup, apabila memasuki era pekerjaan barulah saya terhantuk dan terngadah. Segala apa yang saya belajar daripada tadika sampailah ke peringkat universiti tiada satu tabiat kewangan pun yang saya pelajari melainkan menabung. Jadi semasa dapat gaji; bagi emak sikit, bagi adik-adik sikit, buat belanja rumah, bayar duit kereta, yang lebih...belanja sampai habis, kalau nasib baik sempat sampai gaji bulan depan, kalau tak...makan Maggi la jawabnya.

Pupuk tabiat kewangan samada anda 18, 25 atau 60 tahun ke atas

Perkara yang menarik tentang kewangan ialah kebanyakkan orang sanggup membelanjakan banyak wang untuk menyertai skim-skim cepat kaya namun hanya sedikit sahaja yang terbuka hati mereka untuk membaca dan memupuk tabiat kewangan. Mereka lebih percaya dengan janji-janji manis   ejen skim cepat kaya dengan pulangan tetap pelaburan 30-120%. Tidak perlu buat apa, duduk rumah sahaja. Percayalah tak lama lagi mereka akan kerugian.

Itu semuanya sampah...

Pertama-tama, di dunia ini tiada pelaburan yang PASTI memberi pulangan tetap! Ibarat orang berniaga di pasar pagi, mana ada hari yang tidak hujan. Kedua, pelaburan yang paling berguna adalah yang  pelaburan diri sendiri seperti beli,baca dan fahami buku-buku kewangan. Ketiga, jika kita memupuk tabiat kewangan yang baik tidak mustahil kita akan jadi seorang JUTAWAN seperti Azizi Ali.

Anda patut fikirkan jangka masa panjang, jangan ingat hendak cepat sahaja. Silap-silap yang cepat tu yang buat lingkup.

Memupuk tabiat memerlukan masa. Saya cadangkan satu tabiat pada sesuatu masa dan beri masa satu bulan untuk tabiat ditanam dalam minda dan badan anda. Hal ini diakui payah kerana saya pernah mencubanya tetapi ia tidak mustahil. Jangan biarkan tabiat ini menyeksa anda, biar ia jadi keseronokan bila melakukan tabiat ini. Jika anda terseksa, tukar tabiat yang lain serta merta.

Jadi tanamkan ayat ini dalam kepala anda, “buat kerja seronok, semua benda jadi.”


Tapi Tabiat Kewangan yang Mana?

 Jadi anda baru hendak bermula … tabiat kewangan yang mana anda harus pilih? Membuat tabungan dalam bank, melabur dalam Unit Trust atau?

Tabiat kewangan yang paling saya sukai adalah membuat bajet setiap bulan tetapi jika anda sudah melakukannya anda boleh memilih untuk melakukan pelaburan dalam unit-unit amanah.

Kebenarannya, tabiat kewangan yang anda pilih sebagai permulaan tidak menjadi hal dalam jangka masa panjang. Anda boleh  pilih mana-mana tabiat kewangan yang anda suka untuk mulakan dahulu. Kata kuncinya adalah MULA.

Berikut adalah beberapa tabiat kewangan yang saya cadangkan, jika anda masih belum punyai ide:
• Semak belanja anda untuk 5 minit sehari, pada waktu malam. Anda boleh catatkan ia ke dalam buku 3x5, dalam komputer atau conteng pada meja anda(kalau anda ni malas sangat la).

• Buat bajet dengan peratus mudah; 60%=Perbelanjaan, 30%=pelaburan, 10%= Sedekah atau hadiah. Jika gaji anda RM 2,000 peratus mudahnya ialah perbelanjaan = Rm 1 200, pelaburan = Rm 600, sedekah atau hadiah = Rm 200. Ubah peratus itu ikut kemampuan dan selera anda.

• Baca sedikit mengenai pelaburan di   Bank Islam Online; http://www.bankislam.com.my/en/Pages/AboutUnitTrust.aspx?tabs=5&mlink=UnitTrust, Pilih antara 3, samada Dana Al-Fakhim, Dana Al-Munsif dan Dana Al-Falah. Apa yang anda perhatikan ialah jenis, jangka masa, baca Penafian(disclaimer). Jika anda Yakin dan faham apa yang dibaca terus laburkan duit anda untuk gaji seterusnya. Kerana pada survey saya Bank Islam menawarkan pelaburan yang paling rendah iaitu Rm10 sahaja. Perlu diingat pelaburan ini ada untung dan ada yang rugi, untuk mengurangkan risiko megurangkan kerugian sila laburkan dalam saham yang berbentuk dividen seperti ASB yang ada pulangan setiap tahun.

• Catat apa yang anda belanjakan untuk makan seperti kudap-kudapan, makan di Restoran Thailand . Pada bulan depan cuba sedia makanan yang lebih mudah disediakan di rumah.

• Buat satu blogspot untuk tawarkan perkhidmatan yang anda tahu di samping berkongsi dengan orang lain.

• Tawarkan barang yang anda tidak gunakan lagi dalam Mudah.com, eBay, Jomniaga atau rajalelong.com

• Sentiasa memberi wang kepada orang yang memerlukan; masjid, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua dan sebagainya.

• Jangan tambahkan hutang anda seperti Kad Kredit dan pinjaman peribadi yang tidak perlu.


Saya merasakan kewangan ini mudah: Anda mesti belanja kurang daripada apa yang anda dapat(gaji). Jika belanja(B) melebihi jumlah Gaji(G), samada anda perlu mencari pendapatan sampingan atau menyemak semula perbelanjaan anda, adakah yang terlebih-lebih?


Membentuk Tabiat Kewangan Sihat

Ini adalah beberapa prinsip saya dalam membentuk tabiat kewangan.

1. Cabaran 30 hari. Pernah lihat iklan di internet khususnya perisian komputer; “Cuba produk kami selama 30 hari secara PERCUMA! ” Kenapa 30 hari diberi percuma? Kerana selepas sesuatu tabiat kita lakukan dalam masa 30 hari, kita jadi terbiasa dengan produk tersebut dan kita kemungkinan akan membeli produk trial tersebut. Begitu juga tabiat kewangan. Pilih daripada tabiat-tabiat yang saya cadangkan di atas atau anda boleh reka sendiri.

2. Lakukan satu tabiat dalam sesuatu masa. Ingat terburu-buru dan gopoh gapah itu salah satu daripada sifat syaitan. Bertenang-tenang itu sifat malaikat dan orang yang menang. Jangan cuba tabiat baru semua sekaligus, anda kemungkinan akan gagal. Tabiat baik kebiasaannya sukar untuk kita bentuk, sebaliknya dengan tabiat buruk (Mungkin ini ada kena mengena dengan janji Iblis yang akan menyesatkan semua manusia sehingga hari kiamat. Kebarangkalian anda untuk berjaya  adalah tinggi jika memupuk satu tabiat pada sesuatu masa.
3. Jadikan ia prioriti tinggi. Kebanyakkan dari kita membiarkan kewangan berlaku secara otomatis dan tanpa perancangan lalu berharap semuanya akan berjalan lancar. Alasan yang kerap kedengaran “terlalu sibuk, terlalu bosan, letihlah...”. Dalam pengalaman saya ia tidak memenatkan pun cuma beberapa minit sahaja dalam sebulan. Jika tiada masa, cari atau curi masa.
4. Seronok dengan Tabiat baru.  Ingat ayat saya di atas “buat kerja seronok, semua benda jadi.” Ini hampir benar bagi semua perkara. Termasuklah kerja. Kerja jika seronok, hati pun rasa tak macam kerja. Barulah pagi Isnin bila jam loceng..RIIIINGGG....anda akan terus melompat daripada katil anda dan berkata, “Kerja hari ni, yess...” Jadi cari tabiat kewangan yang mudah-mudah biar anda seronok-seronok dengannya jadi matlamat anda menjadi lebih senang. Jadikan kewangan itu keseronokan bukan pengorbanan. 

Cadangan Terakhir

Ramai yang berazam setiap tahun tapi ramai juga yang kecundang dalam melaksanakannya. Apa kata kita cuba cara lain pula. Pupuk atau bentuk tabiat baru. Apatah lagi jika tabiat itu adalah tabiat kewangan yang baik. Lakukan tabiat tanpa memikirkan sangat kesan tabiat ini tapi yang penting ialah  anda seronok melakukannya.
    
Jadi nikmati keseronokan dalam perubahan tabiat dan hasilnya nanti tak berapa penting. Destinasinya cuma perkara yang kecil, dibandingkan dengan kita seronok dalam perjalanan. Namun langkah yang paling penting sekali adalah perMULAaan. 85% masalah sudah selesai jika anda berMULA. Oleh yang demikian, Mulakan perjalanan seribu batu anda itu dengan langkah pertama dan berseronoklah.

Cadangan rujukan untuk tabiat kewangan yang baik:

1. Kemana wang anda? Penulis: Hajah Rohani; merupakan seorang perunding kewangan yang berpengalaman. Mempunyai syarikat sendiri. Banyak tips-tips berguna dikumpulkan dalam satu buku. Saya jamin jika anda baca satu buku ini saja sudah mencukupi untuk mengetahui selok belok kewangan. Bahan bacaan yang santai dan mudah difahami. Mesti@wajib beli dan baca.

2. Lahirnya seorang jutawan, Ganda wang anda dan semua buku-bukunya. Penulis: Azizi Ali merupakan pembimbing kewangan tersohor di Malaysia. Telah menulis 30 buku mengenai subjek kewangan.

Monday, July 8, 2013

PULAU TIOMAN

Panduan ke Tioman

Tioman, satu pulau tapi ada banyak-banyak kampung dan pantai. Setiap pantai atau kampung tu tak boleh dihubungkan dengan jalan darat, ada sebenarnya. Tapi jungle treking. Jadi kenderaan rasmi ialah bot, yang dipanggil sebagai taxi.
Cara-Cara Nak Ke Pulau Tioman
Aku duduk di KL, area mana tak payah la aku nak citer lebih. Jadi aku akan ceritakan macam mana nak ke Pulau Tioman kalau kau dari KL menggunakan public transport. Pertama aku terus tuju Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Kalau kau dari ceruk mana pun KL ni, amiklah tren ke situ. Aku ambik tren ke Seremban dari KL Sentral dan turun di Bandar Tasik Selatan. Maknanya turun di Bandar Tasik Selatan tu, automatik turun TBS lah.
Bila sampai di TBS, aku usha tiket bas ke Mersing. Belilah dari syarikat mana pun kan nak beli, belilah bas pukul berapa punya yang kau selesa. Aku beli tiket pukul 11.30 malam dengan syarikat Transtnasional. Perjalanan yang mula jam 11.30 malam tu akan tiba di Mersing kira-kira jam 5 pagi. Oleh sebab waktu pagi benor, teksi pun belum beroperasi. Aku amik keputusan untuk jalan kaki dari Terminal Bas ke Jeti Mersing. Tak jauh mana, dalam 10 minit jalan kaki je. Atau kalau berlari lari lagi cepatlah sampai, 5 minit pun boleh. Kalau tak tahu jalan ke Jeti, tanyalah orang ikut arah mana. Tapi kau sampai siang, boleh je kau naik teksi.
Bila sampai di Jeti, ambil pulak tiket Ferry ke Pulau Tioman. Okey perkara yang penting akan terjadi di sini... ialah kau perlu pilih nak turun di Jeti Mana atau kampung mana dekat Pulau Tioman tu. Ini aku tampal gambar peta Pulau Tioman dekat bawah ni. 
Okey. Ada 13 spot warna merah yang bermakna kampung dekat dalam Peta tu, tapi Ferry takkan berhenti di setiap kampung tu. Hentian pertama ferry akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Kemudian Lalang, Kemudian Tekek dan Salang.
Kalau jenis yang nak rileks betul betul rileks dengan makna nak pantai yang tak ramai orang. Pilihlah Genting atau Paya, juga Panuba. Tapi ferry tak berhenti di Panuba. Jadi kau turun di Tekek dan ambil teksi laut ke Panuba. Kalau kau nak ada banyak kemudahan sikit seperti perlukan A.T.M dan ada supermarket pergilah ke Tekek tu. Tapi kalau kau nak ke pantai yang hapening sikit, dan menjadi tumpuan banyak orang serta aweks-aweks cun juga balak encem pergilah ke Salang. 
Baik, dalam perjalanan ni aku pilih Salang. Pertama sebab aku suka suasana di Salang. Orang dia peramah, ada banyak chalet-chalet dan pantainya Landai. Kelebihan di Salang ni ialah... air dia Paling Jernih di sini dan kita boleh snorkeling di tepi pantai je. Terumbu karang dan ikan-ikan dia dah cukup cantik di situ. Tak payah nak naik bot ke tempat lain.
Chalet-Chalet Di Salang, Pulau Tioman
1 . Ella Place
2 . Salang Indah Resort
3 . Salang Pusaka Resort
4 . Pak Long Chalet
5 . Nora Chalet
6 . Puteri Salang In
Rate kesemua chalet ni berada dalam lingkuang RM 40 hingga RM 300. Bergantung chalet mana yang kau pilih dan chalet macam mana yang kau pilih. Kalau budget besar kau boleh pilih Salang Indah Resort, dan kalau budget kecik kau ambik Nora Chalet. Tapi walaupun Nora Chalet ni dalam kategori murah, chalet dia tetap ok dan selesa.

Pakej-Pakej Di Pulau Tioman.
Sebahagian besar dari chalet-chalet ada menyediakan pakej untuk pengunjung mereka. Antaranya siap dengan pakej sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam, juga BBQ untuk yang datang berkumpulan. Itu pakej makan, kalau nak. Kalau taknak takpe, sewa chalet je. Makan boleh lepak dekat mana-mana bar atau kedai makan yang berderat sepanjang pantai. Dan jangan risau, view memang terbaik menghadap laut. Ada open air atas pasir pantai, ada yang berbumbung atas simen. Kedai-kedai craf pun banyak jugak.
Itu untuk makan, untuk jalan-jalan pulak. Ada disediakan pakej Island Hopping, jalan-jalan pusing satu pulau naik bot dan berhenti di spot-spot yang best. Ada air terjun di Mukut, ada bagi ikan makan dalam laut di Marine Park dan ada snorkeling di beberapa tempat terpilih. Pakej pusing pulau tadi adalah RM100**,  dan pakej snorkeling tadi je pulak RM70**. Life jacket, makan tengahari dan mask disediakan. Mana yang kaki pancing, pun ada pakej jugak. Dan itu harganya dalam RM 100** hingga RM 1000**, bergantung pada berapa jam dan berapa hari.
Tapi kalau tak nak amik pakej tu, jangan risau. Di tepi pantai Salang tetap banyak orang snorkeling. Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi. Cuma nak berjetski itu memang tak ada.  Segala banana bot, fyling fox terbang apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai ni tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu.

Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain lagi ialah, malam dekat sini hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan dan bar yang menghadap laut. Syok bila lepak minum sambil layan reggae.
Ini air terjun di Kg Asah. Kalau amik pakej Round Pulau, memang akan singgah.

Ini yang di sebut-sebut Monkey Bay. Tak de orang dekat pantai ni. Boleh pergi nak taxi laut, atau jungle treking dari Pantai Salang.

Air laut yang jernih. Tapi tempat mandi dengan snokeling bukan dekat sini. Dekat hujung sana nun, bawah bukit.
Salah satu chalet yang paling cantik. Tapi sayang tak diluluskan untuk beroperasi. Tapi depan dia tu, boleh tengok terumbu karang cantik-cantik belaka.
Ini pun sama, view dari chalet yang Chalet yang sama, aku cuma nak tunjuk air dia yang jernih tu je.

Walaupun tempat ini aman, dan kira free zon. Tapi pondok polis tetap ada.
Pemandangan di salah satu chalet.


 Ini pun... pemandangan dari salah satu chalet.

Permulaan masuk nak ke Air Terjun Kg Asah.

Saturday, April 27, 2013

CEPAT BAYAR HUTANG DENGAN EMAS


Bismilahirahmanirahim.
Sejak kebelakangan ni dah mula ramai yang terlibat dengan program kumpul emas untuk simpanan atau untuk buat untung.
Dah tentu ramai yang nak untung lebih-lebih lagi buat untung dalam emas. Asal ada kaitan dengan emas sahaja mudah orang nak terima. Tu yang emas ni senang untuk dijual rupa-rupanya walaupun harganya beribu-ribu.
Kadang tak masuk dek akal bila perhatikan emasnya tak sampai besar tapak tangan tapi ada yang harga RM100,000 bagi yang berat 700 gram.
Kekuatan emas boleh dilihat bila ia dijual atau dicagar. Waktu itu baru nampak RM$$$ yang wow banyaknya!
Baru-baru ni saya ada ceritakan saya beli motor secara tunai gunakan emas sebab saya tak suka nak berhutang lagi.
Emas 100 gram dicagar dan dapat beli motor harga RM10,000 disamping ada duit baki lagi untuk beli 10 gram. Senang untuk redah jem disamping jimat tol, minyak dan parking.
Jadi 90 gram sahaja kos beli motor. Tetapi sebenarnya motor tu boleh jadi secara percuma. Macamana boleh jadi macam tu….
Setiap 11 bulan emas yang dicagar perlu ditebus sebelum bank nak lelong. Di luar dalam tangan masih ada lagi 100 gram. Jadi emas yang ditangan hanya letakkan di bank dan dapat 70% duit cagaran yang boleh digunakan untuk tebus emas di dalam bank yang juga 100gram.
Emas yang baru dicagar ni dah tentu dah naik nilainya dan dapat 70% lebih banyak dari sebelum ni (11 bulan lalu) yang dah tentu boleh buat bayar pinjaman beli motor dulu dan ada lagi untung sebagai contoh jika dulu dapat RM11,600 dari 70%, emas sekarang dapat RM15,000!
Motor dah kira percuma dan dapat duit lagi (sebelum tolak upah simpan RM15,000 – RM11,600= RM3,400). Dah tentu akan fikir kalau nak buat cara macam ni kena ada stok emas banyak. Sebenarnya ikut kemahuan dan kreatif anda sendiri. Jika anda mulai dengan 100gram sahaja pun dah ok.
Sebagai contoh anda cagar 100 gram untuk tempoh 11 bulan. Sewaktu tempoh itu, selama 11 bulan anda boleh mulai kumpul 100 gram yang baru. Setiap bulan kumpul 10 gram.
Macamana nak dapat duit kumpul 10 gram setiap bulan yang bersamaan RM1,600 sedangkan gaji bawah RM1,000.
Itu yang ajaibnya pasal emas. Bila anda amalkan konsep tarik emas, secara tak disedari emas anda jadi banyak. Macamana tarik emas? Ni istilah yang mudah nak tarik perhatian sahaja.  Tarik emas maksudnya bila kita dah anggap emas macam bola. Macamana tu?
Kalau dulu tengok iklan koka kola tidur bola, makan bola, mandi bola….senang serita fanatic pasal bola tapi kali ni,
bangun tidur ucapkan AlhamdulillahX21 lalu fikir pasal emas, mandi, makan, tidur, kerja …..emas belaka. Senang cerita FOKUS EMAS.
Disamping itu bayar zakat emas, ia akan menarik lagi emas yang ada diluar. Itu namanya tarik emas. Emas suka pada tuan yang bayar zakat emas. Dan paling utama untuk buat untung dari emas ialah bila anda dah mulai ada emas, anda jangan lepaskan peluang untuk buat untung dari emas sebagai trader.
Jika anda menyimpan emas sebagai investor, anda boleh dapat untung purata setiap tahun 30% tetapi jika anda ada emas dan jadi trader emas, anda boleh dapat untung sehingga 3000% atau lebih.
Saya dah jumpa orang yang jadi trader emas setiap bulan 6 angka komisen dia sahaja jual emas. Walaupun emas ni komisen hanyalah 1% kadang kala macam tak masuk akal.
Ya lah sebagai contoh kalau jual 100 gram yang harga RM16,000 komisen baru RM160.
Serupa juga macam unit trust yang ada komisen dalam 0.7% tetapi ada juga yang jadi kaya walaupun komisen ciput macam tu. Emas dengan Unit Trust bezanya emas ni fizikal manakala unit trust hanyalah beli kertas untuk dapat kertas juga.
Pengalaman saya buat emas, dari percentage untung yang kecil tetapi tanpa disedari dapat kumpul berkilo emas. Tanpa disedari simpanan bertambah. Tanpa disedari dapat langsaikan banyak hutang yang besar-besar.
Seperti hutang terbaru RM30,000 saya dapat selesaikan dengan gunakan emas. Kalau nak kumpul duit buat bayar memang rasa banyak tapi bila bayar pakai emas sebagai contoh emasnya 100 gram hanya perlukan 2 ketul sahaja jadi tak terasa.
Itu pun emasnya masih ada sebab simpan dalam bank. Tunggu masa untuk tebus semula nanti jadi emas tak kemana.
Kalau hutang dengan kawan pula, kita boleh minta tangguh. Sebagai contoh kalau kawan tak kisah kita tangguh sampai 5 tahun. Tu pun kalau ada kawan jenis tak kisah dan panjang umur.
Contoh masa kita pinjam kawan dulu RM20,000. Waktu nak kumpul duit bayar hutang tu, baik kita kumpul emas dulu.
Emas yang kita beli rupa-rupanya tak sampai RM10,000 bila dah 5 tahun masa nak bayar hutang kita dengan kawan tu. Jadi kita dah untung diatas kesempatan kejatuhan nilai matawang.
Kawan sebenarnya tak kisah berapa lama kita nak bayar semula janji bayar balik. Ni yang buat kawan bengang bila tak nak bayar terus. Itu pun kalau ada kawan yang tak kisah macam ni.
Tapi kalau setakat pinjam RM100 melampau 5 tahun baru nak bayar. Itu tak perlulah nak beli emas dulu.
Ni kita cerita kalau pinjam sampai puluh ribu. Mana tahu masa pinjam dulu niat untuk buat bisnes tapi bisnes lingkup tak Berjaya. Jadi sumber untuk bayar balik buntu nak bayar dari mana. Patut masa dapat duit dulu beli emas terlebih dahulu kemudian baru guna duit cagar emas buat modal bisnes.
Atau yang kawan memberi pinjam tu sebelum bagi orang pinjam duit beli emas dulu baru bagi pinjam. Kalau kawan tak bayar atau lambat bayar sekurang-kurangnya ada stok emas walaupun emasnya dibank sebab kita ada 11 bulan lagi untuk ditebus.
Baru-baru ni sejak saya dah mula gerak sana-sini naik motor, saya dah rajin singgah ke kedai motor-motor besar…ada satu motor yang mula berkenan di hati…Kawasaki GTR 1400. Harganya RM119,000!
Bukan setakat boleh beli Proton Inspira, Mitsubishi Lancer pun boleh beli. Kelajuan motor ni boleh capai 300km/j. Kalau berlumba dengan Ferrari selamba sahaja.
Congak-congak harga motor dengan emas, satu kilogram dah lepas sangat untuk beli secara tunai. Bayangkan emas 1 kilo yang besarnya sama dengan Handfon Blekberi boleh diconvertkan jadi Motor Super Bike yang terlaju di dunia yang fana ni.
Untung bagi sesiapa yang ada emas 1 kilo boleh beli barang yang harga RM100,000 secara tunai. Tetapi jauh di sudut hati berkata, macamana nak jadi zuhud kalau pakai motor besar ni. Dikhuatiri hati yang susah nak dikawal melemahkan diri.
Apa-apa pun, mohon pada Allah untuk berikan yang terbaik. Jika diizinkan untuk memiliki sesuatu yang mewah, Alhamdulillah. Jika tidak, pun Alhamdulillah sebab di kehidupan yang akan datang lebih hebat lagi mainannya.
Bukan setakat kelajuan 300km/j…malah mungkin 3juta kelajuan cahaya kenderaan kita disana kerana rumah kawan-kawan kita yang imannya sebesar zarah sebesar bumi rumahnya yang hari ini kita lihat bumi lebih besar dari matahari pada hal matahari 1.6juta kali ganda besar dari bumi.

DIRHAM

Saya selalu mendapat pertanyaan mengenai DIRHAM. adakah DIRHAM Ini silver. Jawapannya YA. dirham adalah silver.
Beratnya telah ditetapkan.Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :

”(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham”
jadi 1 dinar = 4.25g. maka 10 dirham = 7 x 4.25g = 29.75g

Oleh sebab itu bagi mengembangkan lagi pelaburan emas dan perak di Malaysia. Public Gold telah mengeluarkan silver didalam bentuk Dirham yang mampu dimiliki.


Strategi Pelaburan Dirham
Disebabkan harganya yang murah. saya syorkan ia dijadikan simpanan setiap bulan. kalau dinar susah sikit. sebab harganya yang agak mahal. namun bagi yang tidak berkemampuan. silalah simpan dirham ini secara berkala. Daripada anda menyimpan duit kertas Rm100 setiap bulan. lebih baik anda menyimpan 10dirham. harga lebih kurang sama. namun dirham lebih tinggi kenaikannya berbanding wang kertas.

Anda juga boleh membuat penukaran daripada dirham ke dinar apabila sampai masanya. jadi dirham dapat dinar pun dapat. sapa kata modal yang sedikit tidak boleh melabur didalam emas dan perak fizikal. yang penting anda berusaha.

Cuba bayangkan, anda mula menyimpan dirham mulai bulan ini, dan perhatikan apabila setahun anda sudah pun mendapat 120 Dirham. kan banyak tu. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Analisis silver @ dirham
Silver ini telah ramai diperkatakan sebagai "future gold". Ini kerana harganya pada awal keluarannya tidaklah begitu berharga, namun sejak akhir-akhir ini dengan kepesatan teknologi telah membawa satu lembaran baru pada komoditi ini.




Harganya semakin meningkat dan mendapat permintaan tinggi, pernah terjadi pada tahun 2011. harganya melambung dengan begitu mendadak dan telah mencecah 100% kenaikan. Pada ketika itu ramai yang baru tersedar tentang kewujudan silver ini.

Ini kerana silver banyak digunakan didalam barangan yang berteknologi seperti Harganya agak vilotile, namun harganya masih lagi berlegar-legar diparas yang rendah sebelum berlakunya kenaikan yang mendadak seperti apa yang telah berlaku pada 2011.

Dirham jadikan simpanan kekal. Beli 10 dirham setiap bulan. pasti akan memberi kesan kepada kewangan anda

Friday, April 26, 2013

Cara Bayar Installment Kereta Menggunakan Emas

Syukur kepada Allah, solid profit group makin mengembangkan sayapnya. Harap kita sama-sama menjana keuntungan. yang berat dipikul dan yang ringan dijinjing. saya mengalu-alukan kedatangan anda. kita  buat komuniti pelaburan emas dan kongsi ilmu untuk keuntungan bersama. Jadi jangan segan bertanya ok.
Kali ini saya ingin share teknik yang semua orang boleh buat apabila emas  ada didalam tangan dimana “emas kertas” tak boleh buat.
Dengan teknik ini saya berharap agar anda dapat membuka minda anda terhadap emas pelaburan ini.
Baiklah ada rakan saya baru dapat Bonus lebih kurang RM3500. Beliau mengatakan apa nak dilakukan dengan duit ini sebab kalau pegang konpem abis. Jadi bagaimana nak jadikan ia nilai tambah ?
Saya memberi beliau cadangkan supaya beli emas dan jadikan nilai tambah kepada beliau. Beliau tanya saya bagaimana ?
Maka saya tanya kembali, “Ada kereta kan. Jadi gunakanlah untuk bayar kereta”.
Gunakan Emas sebagai sandaran
Disini saya ceritakan bagaimana :
Katakan anda mengambil kereta yang installment bulanannya RM400 selama 9 tahun. maka jika 6 bulan anda perlu membayar sebanyak RM 2400.
pengiraan adalah seperti berikut
RM400 x 6 bulan = RM 2400.
Step 1
Anda beli i-Jewellery 20gram dengan nilai RM 3350 (nilai pada entry ini ditulis ) kemudian anda Pajakan di Bank dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.
Katakan anda pajak di Agro bank dengan nilai RM 178 segram. pengiraan adalah seperti berikut
20gram x RM 178 = RM 3560
RM3560 x 70% = RM 2492 (dapat cash)
Step 2
Setelah anda mendapat cash sebanyak RM2492 tadi , kemudian bayar kereta selama 6 bulan “lungsum” terus.Kemudian daripada gaji anda yang patut tiap-tiap bulan bayar RM400 kereta tadi, anda ubah bayar kepada pajakan tadi.
Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda. dan selepas 6 bulan. anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda.
Kesimpulan setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar. anda akan dapat nilai tambah dari situ.
Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta je la. Bayar Tetap sama.
Berbanding jika ada lakukan  sebegini selepas 9 tahun anda dapat kereta dengan emas 20gram.
Bayangkan kenaikan emas worst case 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 20gram anda tadi telah menjadiRM 17,285.00.
Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta je baik dapat kereta + emas. Menarik memang menarik tapi kena buat baru tau hasilnya.
Jadi apa tindakan anda. segeralah tempah emas dan perak fizikal anda sekarang sebelum terlambat.

BELI MOTOR DENGAN EMAS

Sebelum kita buat apa-apa pembelian barang yang bersifat susut dari segi nilai seperit beli kereta, motor, handphone, perabot rumah dsbnya ataupun perbelanjaan hangus seperti renovation rumah, belanja perkahwinan, bayar saman trafik dll sandarkan dahulu pembelian kita kepada sesuatu yang meningkat nilainya dalam jangkamasa panjang iaitu emas.
Contoh:
Katalah anda ada RM15K ditangan. Anda berhajat beli motor bernilai RM7K. Kita tahu pembelian tersebut di buat keatas barang yang akan susut dari segi nilai kerana motor tersebut akan jatuh harga selepas sebulan anda gunakan.
Cara yang bijak adalah anda gunakan cash RM10K dengan beli emas dulu. Kemudian pajakkan emas tadi di Ar Rahnu Agro Bank. Anda akan dapat cash segera RM7K (70% dari nilai emas anda). Baru gunakan duit pajak tersebut untuk beli motor. 
Kini anda bukan shj dapat motor tapi punya emas bernilai RM10K yang dipajak di Bank.Anda cuma perlu bayar upah simpan je. Emas anda tadi akan berlaku kenaikan harga . 
Katalah harga emas naik 20% setahun. 5 tahun dah jadi 100%.Dari segi nilai dah jadi 20K. Kalau nak tebus anda cuma perlu bayar 7K je. Last2 anda beli motor tadi percuma je.
Tu yang saya maksudkan sandarkan pembelian barangan susut nilai kepada barangan yang meningkat dari segi nilai dengan cara manipulasi duit bank. Mesti sntiasa bijak dalam tindakan.

Thursday, April 25, 2013

MULAKAN PELABURAN PERAK

10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak


Ramai yang selalu tertanya tanya bagaimana nak mulakan pelaburan perak silver ni ?
Ramai yang masih lagi konfius.  Pelbagai soalan sering dilontarkan mengenai cara cara untuk melabur dalam silver perak.
Jadi, disini kami rungkaikan persoalan persoalan anda mengenai cara cara untuk melabur dalam perak silver dan tips tips untuk menjana pendapatan
melalui pelaburan perak.


1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver
2. Nak jual balik kat mana?

Anda boleh jual semula perak yang anda beli daripada kami. Ini Jaminan Kami. Istimewa kan ?
Jika anda membeli daripada penjual lain produk perak silver yang kami jual,
kami akan membeli juga.

Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Facebook.
Contoh group Perak Silver dalam Facebook ialah :
a. Jutawan Perak
b. Dekad Silver
c. “Silver Lot Shop”

3. Untung ke simpan perak silver?
Harga Perak Mentah Raw Silver telah meningkat 8 kali ganda sejak tahun 2002 dan
lebih 120% dalam tempoh satu tahun sahaja iaitu dalam tahun 2010-2011.
Ini berkait rapat dengan keadaan ekonomi sedunia.

4. Berapa harga perak silver sekarang?
Harga perak silver berubah dari masa ke masa.
Anda boleh periksa harga perak silver di mana ?

Antaranya ialah :
a. nubex.com.my atau
b. Kitco Khas untuk Perak

5. Perak brand/jenama/jenis keluaran mana yang bagus?
Jenama premium rendah :
a. Morgan,
b. Silvertowne,
c. Sunshine,
d. Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)

Jenama premium tinggi :
a. Silver Eagle,
b. Maple Leaf,
c. Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa maksud bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud Perak Keping silver bar atau syiling Perak silver coin.
7. Kenapa harga Perak Keping silver bar atau Syilling Perak Silver coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan (moulding) yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri.
Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan sebagai premium. Tambahan kepada harga bahan mentah perak itu tadi.

8. Betul ke harga perak silver boleh naik sampai USD200/oz?
Buat masa ini, tahun 2011 harga bagi perak silver 1 oz ialah sekitar USD 45/oz.
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50 kali ganda.

Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8 kali ganda (harga semasa dalam lingkungan USD 42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang USD 220.

9. Kenapa kadar peratus % kenaikan harga perak silver lagi tinggi jika kita bandingkan dengan emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk Perak silver,
kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja.
Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih rendah peratusan berbanding Perak silver.

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Perak adalah pelaburan jangka panjang.
Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

A Gold Profit Strategy - 16 July 2010

How do you know when it's a bull market and time to buy gold...?
I'VE COME UP
with a Simple Strategy to tell you when to buy gold...and when not to own it, writes Steve Sjuggerud in his Daily Wealth email.

It's so simple, you could teach a monkey to follow it.

Best of all, US$10,000 invested in this Simple Strategy would have turned into nearly $2 million since the start of the '70s. Just buying gold – and holding it – over the same time frame would have turned $10,000 into just $300,000.

The chart here tells the story. The blue line is the Simple Strategy. The gold line is the price of gold:

Not only did this Simple Strategy dramatically outperform the price of gold, it did so with substantially less volatility...

My Simple Strategy managed to steadily rise from the lower left of the chart to upper right. It almost entirely avoided gold's big Dollar-price fall in 1975-1977. And it generally avoided gold's two-decade fall from 1980 to 2000.

The Simple Strategy is so simple, it's almost embarrassing. But it is based on an important point. Let me explain it.

How do you know when it's a bull market in gold? The crucial point is to recognize when gold is only rising because there's a bear market in the Dollar.

You see, if the US Dollar is crashing against other currencies, it's probably also going down in terms of gold. That can make it look like gold is in a bull market. But what if gold is falling in terms of the Euro or the Yen? That's not a gold bull market.

So what is a bull market in gold?

One simple definition is: when gold is going up in terms of the world's most important currencies. I took a look at the four most widely traded currencies – the US Dollar, the Euro, the British Pound, and the Japanese Yen. And I came up with my Simple Strategy. Here's how it works:

If gold is up versus all four currencies over the previous month, then buy gold. Repeat the next month.
That's it. And when I tested it over the last 40 years of data, the results were astonishing.

When gold was up versus all four currencies in the most recently ended month – when my Simple Strategy flashed a buy signal – gold rose at a compound annual rate of 35%. My Simple Strategy was in buy mode about a third of the time. (All the rest of the time, gold lost money.)

So if you'd simply stuck to buying gold when you got a signal, and then switched to cash (Treasury bills) when the signal was off, you'd have turned a US$10,000 investment in 1971 into nearly $2 million today.

Since 1971, the price of gold has risen at a compound annual rate of 9.2% a year. By using this much less volatile Simple System, where you're invested in gold about one-third of the time, your wealth would have compounded at 14.5% a year.

This system is simple, but it's sound. History shows that a great predictor of when gold will go up is when it's already going up versus the major currencies.

It would be easy to refine my Simple Strategy to produce more dramatic results (and chances are we will for a future product we're working on). Or you could leverage it up with a double-long gold fund, for even bigger profits.

But at the very least, now you know how to find out if conditions are bullish for gold. And in case you're curious, we are currently in a bull market in gold...and we have been since March. Each month, gold has been up against all four currencies. Trade accordingly.

STRATEGI MASA JUAL DAN BELI EMAS

STRATEGI KEUNTUNGAN EMAS

Ini merupakan pemahaman penulis daripada pembacaan artikel yang ditulis oleh Dr. Steven Sjuggerud di dalam http://goldnews.bullionvault.com.

Bagaimana kita tahu bila kita boleh membeli emas …?

Steve Sjuggerud di dalam emel Daily Wealth memberitahu yang dia telah mendapat strategi mudah untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas … dan bila masa yang tidak sesuai.

Yang bagusnya, dengan melabur sebanyak US$10,000 di dalam strategi mudah ini boleh bertukar kepada hampir $2 juta sejak permulaan 70-an.  Cuma membeli emas – dan memegang emas itu – pada masa yang sama boleh menukarkan $10,000 kepada hanya $300,000.

Carta di bawah menunjukkan cara-caranya.  Garisan biru merupakan strategi mudah.  Garisan emas merupakan harga emas.

Strategi mudah Steve Sjuggerud mampu meningkat naik secara stabil dari bahagian bawah sebelah kiri carta hingga ke atas di bahagian kanan.  Ia hampir sepenuhnya mengelakkan kejatuhan Dollar pada 1957 – 1977.  Dan ia secara amnya mengelak kejatuhan emas selama dua (2) dekad dari tahun 1980  hingga 2000.

Menurut Steve, strategi mudah ini sangat mudah tetapi ia berdasarkan titik-titik penting. Biar Steve menerangkannya.

Bagaimana kita tahu bila pasaran emas telah berada dalam keadaan ‘bull”? Titik yang sangat penting ialah bila emas hanya melonjak naik kerana ada berlaku sesuatu di pasaran Dollar.

Cuba kita lihat, kejatuhan US Dollar melawan kepada matawang yang lain, ia mungkin akan turut jatuh di dalam terma emas.  Ini akan menunjukkan emas berada dalam keadaan pasaran ‘bull’.  Tetapi apa akan berlaku jika kejatuhan emas di dalam terma matawang Euro ataupun Yen?  Itu menunjukkan emas bukan berada dalam pasaran ‘bull’.

Jadi apa ia pasaran ‘bull’ dalam emas?

Satu definisi mudah ialah : bila emas meningkat naik di dalam terma matawang yang terpenting di dunia.  Kita lihat empat (4) jenis matawang yang digunakan seluruh dunia secara meluas – US Dollar, Euro, British Pound dan Japanese Yen.  Dan kita gunakan strategi mudah Steve.  Begini ia akan bertindak:

Jika emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang pad bulan sebelumnya, Oleh itu beli emas.  Ulangi pada bulan depan strategi ini.
Itu saja.  Dan bila Steve mencubanya menggunakan data 40 tahun yang lepas, keputusannya amat memeranjatkan.

Apabila emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia pada penghujung bulan baru-baru ini – Apabila strategi mudahnya menunjukkan masa untuk membeli emas – emas meningkat kepada kadar tahunan 35%.  Strategi mudahnya berada di dalam keadaan ‘beli’ lebih kurang ketiga pada masa itu. (Pada masa yang lain, emas kehilangan wang.)

Jadi jika anda membeli emas bila mendapat ‘signal’, dan tukarkan emas itu kepada tunai bila ‘signal’ telah hilang, anda akan menukarkan pelaburan US$10,000 pada tahun 1971 kepada hampir $2 million hari ini.

Sejak tahun 1971, harga emas secara purata tahunanya meningkat sebanyak 9.2% setahun.  Dengan menggunakan sistem mudah ini, di mana anda melaburkan  1/3 emas pada satu-satu masa, kekayaan anda akan menjadi secara purata 14.5% setahun.

Sistem ini mudah, tapi berkesan.  Sejarah menunjukkan peramal terbaik bila emas akan meningkat naik iaitu apabila ia meningkat naik melawan matawang utama dunia.

Sekarang anda sudah tahun bagaimana untuk mencari keadaan ‘bullish’ emas.  Dan jika anda nak tahu, kita sekarang berada di dalam pasaran ‘bull’ … dan kita telah berada sejak bulan Mac lagi.  Setiap bulan, emas telah meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia.

RAHSIA EMAS, beli dan untung

Rahsia pelaburan emas : Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung
Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas.

Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya ianya bernama dinar seperti wang dinar iraq.

Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia diatas iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan.

Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :
Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000

Cuba kita renungkan
Jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.

Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian!!

Tindakan Pertama yang boleh lakukan :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Bayar Dengan Harga Murah
Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm)
Tengok, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00
Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar
RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.

Dan upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kIra RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Tindakan Bijak kedua : Ini yang saya lakukan ;
Beli Sesuatu Yang Mahal, dapat percuma dan untung

Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu saya beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini saya gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya saya buat pinjaman / ansuran bulanan selama 5 tahun.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :
RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00
RM 303,750.00 - RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)
Nah, dalam hanya 5 tahun, saya akan mendapat untung RM 239,637.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 239,637.00 (Untung) = - RM 139,637.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan PERCUMA ..DAN DAPAT UNTUNG SEBANYAK RM 139,637.00.

SEMINAR KEWANGAN PELABURAN EMAS

            Hari ini harga emas masih lagi jatuh. Bagi siapa yang berminat dengan emas ini merupakan masa yang sesuai untuk membeli emas. Anda dinasihatkan untuk membeli emas 1 dinar atau dirham pada setiap bulan. Ini akan dapat melindungi nilai kekayaan anda. Dengan menyimpan emas secara berdisiplin anda akan mampu untuk memiliki kereta dan rumah secara cash dan sekaligus pada masa hadapan.

            Anda perlu tahu strategi anda, sebagai penyimpan atau sebagai trader. Sebagai penyimpan anda boleh membeli emas secara berkala dan setiap bulan. Sebagai pelabur pula anda hendaklah membeli pada harga emas murah dan jual balik semasa mahal. Emas akan ada naik dan turunnya dalam setahun. Namun begitu dalam jangka masa panjang emas memang akan naik.

            

Tuesday, April 23, 2013

EMAS MENURUN

6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas

Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik.
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.

Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.

Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Monday, April 22, 2013

CERITA CINCIN TUNANG

    

      Hari ini mencatatkan penurunan harga emas bagi pasaran dunia. Harga emas jatuh dengan merudum  sekali dan ini telah mencetuskan panik di seluruh kedai emas. Kedai-kedai emas diserbu seperti jualan mewah. Saya yang kehairanan terus bertanya kepada makcik yang singgah di kedai emas. Makcik ini menceritakan bahawa pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas kerana harga emas akan meningkat pada musim perayaan nanti.

       Melihat kepada keadaan ini, saya teringat bahawa saya menrancang untuk bertunang pada hujung tahun ini. Pada masa emas murah inilah peluang saya untuk membeli emas untuk diberikan pada tunang saya. Saya telah membuat keputusan untuk membeli dan mengambil wang di Maybank yang terletak bersebelahan kedai emas ini.

        Setelah mengambil wang saya terus ke kedai2 emas dan bertanyakan harga untuk cincin tunang. Kedai yang pertama saya masuki cuma mempunyai pilihan yang sedikit sahaja. Harga emas adalah RM 140 segram dan saya mengambil satu cincin seberat 1 gram yang agak cantik. Setelah diambil kira kos upah maka harganya adalah rm 230. Saya tidak membelinya lagi kerana ingin membandingkan dengan kedai-kedai emas yang lain.

        Kemudian saya memasuki satu lagi kedai emas, kedai ini mempunyai pelangkan yang agak ramai. Saya berasa bosan untuk menunggu kerana orang perempuan memang agak lama bila bertanya dan masih tidak membuat keputusan setelah sekian lama. Saya kemudian pergi mencari kedai yang lain pula.

       Nampaknya misi saya dalam mencari emas adalah agak mencabar dan pelik. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya dalam mencari emas di kedai-kedai emas dan ianya agak menarik. Bermacam jenis emas telah saya temui.

        Akhirnya saya telah menemui sebuah kedai emas yang simple sahaja. Kedai ini agak biasa namun makcik penjualnya agak peramah. Beliau bertanya kepada saya saiz cincin bakal tunang saya dan saya telah memberi sebentuk cincin jed untuk diukur. Rupanya saiz dia adalah 10. Makcik ini telah mengeluarkan beberapa cincin rotan yang bersaiz 10. Saya agak teruja kerana pilihan yang pelbagai. Akhirnya saya telah memilih satu yang simple sahaja. Harganya adalah rm 160. Agak murah dan berpatutan sekali.

        Saya ingin membeli satu lagi cincin untuk majlis bertunang namun saya merasakan untuk cincin ini saya perlu membeli bersama dengan beliau. Saya akhirnya membuat keputusan menggunakan teknik pelaburan. Saya telah membeli 10 Dinar emas pada masa harga emas tengah murah ini.  Dinar ini akan saya jual apabila harga emas meningkat dan keuntungan ini akan  membantu saya untuk membeli cinci yang seterusnya nanti. Akhirnya saya memahami bahawa untuk senang kita perlu berfikir secara bijak dan pandai menggunakan peluang pelaburan yang datang. Harga emas yang jatuh merupakan peluang kepda kita untuk melabur dalam emas.




PELABUR BIJAK DENGAN BANGANG



Dialog dua orang rakan mengenai cerita-cerita pelaburan.
Ogos 2006
Amir: Aku rasa nak beli saham la. Man: Tak payah la, mana ada untung main saham ni. Aku dah jual dah semua. Asyik rugi je. Amir: Sebab kau rugi la aku nak beli (sambil tersenyum). Man: Takpe, nanti kau rugi kau tahulah rasanya. Amir: Kalau takde rugi, bukanlah pelaburan namanya.
Ogos 2007
Man: Macam mana saham kau Amir? Aku tengok saham jatuh teruk dah ni. Mesti kau rugi kan. He He He. Amir: Boleh lah, untung 30%. Separuh dah jual, separuh lagi aku simpan. Man: Kau biar betul. Takpelah, aku simpan di ASB je. Lagi selamat. Amir: Aku pun bukan guna semua duit simpanan nak main saham ni Man.
5 bulan selepas itu, dalam senyap-senyap, Man mengeluarkan semua duit ASB dan melaburkannya dalam pasaran saham.
Januari 2008
Man: Aku baru beli saham ni Amir. Kau ingat kau je dapat untung 20-30% ? Tengok lah! Amir: Kau biar betul, aku baru je jual saham-saham aku, untung yang dah ada ni aku simpan je dulu. Man: Penakut la kau ni. Simpan dalam ASB mana untung, 8% apa lah sangat? Amir: (Senyum)
Januari 2009
Man: Apa pelaburan yang best sekarang? Yang untung 100%. Amir: Mana ada pelaburan yang confirm bagi 100%. Kau bukan ada beli saham ke? Man: Jual dah haritu, rugi. Cepatlah beritahu produk bagi return 100%.
Amir: Hm… saham ok kalau kau tahu caranya. Beli emas nak? USD 850 per ounce.
Man: Saham tak mau lah. Asyik rugi je. Emas? Aku bukan perempuan nak beli emas ni. Kau ni pun. Nak mainkan aku la tu.
Ogos 2011
Man: Kau main saham lagi ke? Apa lah kau ni, itu semua kapitalis barat, tak Islamik main saham-saham ni. Beli emas la. Harga sekarang USD 1,850 per ounce. Nak naik lagi ni. Fuh. Dapat bonus terus sambar emas. Sekarang zaman dinar dirham! Amir: Saham aku dah jual, sikit je lagi aku pegang. Emas pun aku dah mula jual sikit-sikit. Man: Rugi la tu main saham, tu lah aku cakap tak mahu dengar, saham ni bukan untung pun. Kau tengok harga emas naik macam mana. Rugi la kalau jual sekarang. Amir: Haah. ‘Rugi’ sikit, sebab untung saham hari tu cuma 50%, kalau jual cepat sikit dapat 60% untung. Aku dah lama la beli emas, tunggu masa nak jual je. Man: Kau tau harga emas dah naik 40% sejak awal tahun. Tu yang aku beli minggu lepas. Kau nak tak aku jual emas kat kau? Amir: (Senyum) Sebab aku dah tau naik macam tu la aku jual dan nak ambik untung dari emas pula. Man: Pelik la kau ni. Orang beli emas, kau jual.